Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Perak sentiasa pantau GLC elak salah laku, rasuah

-

IPOH: Kerajaan negeri Perak akan sentiasa melakukan pemantauan ke atas semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah kerajaan negeri bagi memastikan tidak berlaku sebarang unsur rasuah, penyalahgu­naan kuasa atau penyelewen­gan.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kesemua GLC perlu melaksanak­an tanggungja­wab dengan sebaik mungkin untuk memajukan ekonomi negeri supaya rakyat di negeri itu mendapat nikmat secara berterusan.

“Mana-mana GLC atau perbadanan di bawah kerajaan negeri perlu menjalanka­n perniagaan bukan hanya untuk keuntungan syarikat sematamata atau keuntungan manamana individu yang berada di situ tetapi untuk merancakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi, seterusnya dapat memajukan lagi negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas bersiaran selama satu jam menerusi Slot Sepagi Bersama MB di PerakFM di sini pada Khamis.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penahanan seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri kerana disyaki menerima rasuah berupa pembayaran pembinaan rumah banglo miliknya yang dianggarka­n bernilai hampir RM500,000.

Beliau turut meminta semua pihak supaya memberi sepenuh kepercayaa­n kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis melaksanak­an tanggungja­wab membantera­s gejala salah guna kuasa dan rasuah dengan penuh profesiona­lisme dan telus.

Ahmad Faizal berkata pihak berkuasa sudah tentu mempunyai bukti yang kukuh untuk dikemukaka­n di mahkamah terhadap manamana pihak yang didapati mempunyai kaitan kes salah laku terbabit.

“SPRM dan polis telah menjalanka­n tugas mereka dengan sebaik mungkin... mereka yang dituduh di mahkamah boleh membela diri (sekiranya tidak bersalah) dan biarlah proses ini berjalan dengan lancar yang mana mahkamah akan menjatuhka­n hukuman sama ada individu berkenaan didapati bersalah atau sebaliknya.

“Saya percaya ada aduanaduan terhadap pihak-pihak lain juga tetapi kita tidak boleh umumkan di sini, biarlah pihak polis dan SPRM menjalanka­n tugas dengan lebih mudah tanpa ada gangguan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan di Perak Corporatio­n Berhad, Datuk Aminuddin Md Desa, 57, telah didakwa atas tuduhan menerima rasuah berkenaan, bagaimanap­un dia mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim S. Indra Nehru.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia