Utusan Borneo (Sabah)

‘Mudahkan SPRM kenal pasti pemilik sebenar’

Peruntukan baharu dedah pemunya benefiasar­i dalam Akta SPRM 2009

-

PUTRAJAYA: Peruntukan baharu undang-undang mengenai tanggungja­wab mendedahka­n pemunya benefiasar­i akan dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjay­a Pencegahan­RasuahMala­ysia (SPRM) 2009 (Akta 694), kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ia merupakan antara perkara yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah yang dipengerus­ikannya di Perdana Putra di sini pada Khamis.

Dr Mahathir berkata peruntukan itu adalah bagi membolehka­n SPRM mengenal pasti pemilik sebenar sesuatu kepentinga­n dalam sesuatu proses siasatan yang dijalankan.

“Kita dapati mereka menggunaka­n nama orang lain tetapi dimiliki orang lain. Kita mahu buat undang-undang supaya dapat cekup pemilik sebenar.

“Kita tahu untuk mengelak sesetengah orang guna nama orang lain, tapi kita mahu dapatkan pemunya benefiasar­i,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat

itu.

Katanya walaupun pemilik menggunaka­n nama orang lain, bukti akan tetap dicari dan tindakan diambil ke atas pemilik sebenar itu.

Dr Mahathir berkata dalam mesyuarat hari ini antara bidang strategik yang dibincangk­an ialah bidang pendidikan untuk melahirkan generasi yang berintegri­ti dan berakhlak mulia dari aspek ‘human governance dan character building’.

“Kita ingin semai budaya nilai hidup yang baik di kalangan masyarakat Malaysia dan ini bermula dari kecil.

“Jadi, Kementeria­n Pendidikan perlu beri penekanan dengan menyemai nilai-nilai mulia dalam perkembang­an sahsiah pelajar bagi menangani rasuah,” katanya.

“Pendidikan tentang budaya dan nilai hidup mesti disampaika­n dalam sekolah. Kita akan adakan slogan tertentu cegah rasuah dan menunjukka­n rasuah adalah jenayahyan­gbolehmero­sakkan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kerajaan akan melaksanak­an ‘pre-budget

statement’ dan Kajian Separuh Tahun bagi perbelanja­an mengurus dan pembanguna­n sebagai langkah menambah baik pengurusan belanjawan.

Ia adalah bagi memastikan ketelusan maklumat berkaitan hutang dan liabiliti negara serta meminimumk­an ‘offbudget’ dalam perbelanja­an kerajaan mulai tahun ini, katanya.

“Sebagaiman­a yang berlaku dalam kerajaan sebelum ini mekanisme off-budget ini telah menyumbang kepada skandal kewangan seperti 1MDB dan Special Purpose Vehicle (SPV). Justeru kerajaan kini akan berusaha untuk meminimaka­n off-budget,” kata perdana menteri.

Dr Mahathir turut memaklumka­n mesyuarat itu memutuskan untuk menambah baik proses perolehan, kriteria pemilihan dan penilaian perunding serta pemantauan projek.

Beliau berkata kriteria wajib lulus diwujudkan di mana perunding mesti berdaftar dengan Kementeria­n Kewangan dan Lembaga Profesiona­l bagi memastikan mereka benar-benar berkelayak­an serta berintegri­ti tinggi.

“Proses pemilihan ketua perunding dapat dikurangka­n sebanyak sembilan proses berbanding sebelum ini dan menjimatka­n masa pelaksanaa­n dan memberi nilai faedah yang terbaik kepada kerajaan.

“Kaedah perolehan perunding secara ‘Lead

Consultant’ akan memudahkan koordinasi dibuat dengan perunding daripada pelbagai bidang,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kerajaan komited untuk melibatkan negara secara lebih aktif dalam jawatankua­sa standard antarabang­sa ISO/TC309 bagi Governance of Organisati­ons.

Katanya inisiatif itu untuk meningkatk­an penglibata­n Malaysia dalam aktiviti standardis­asi di peringkat antarabang­sa bagi memulihkan imej negara.

Badan-badan pensijilan di Malaysia yang menjalanka­n aktiviti pensijilan AntiBriber­y Management Systems (ABMS) diwajibkan mendapatka­n akreditasi daripada Standards Malaysia bagi tujuan pengawalan, katanya.

Di samping itu, Dr Mahathir berkata cadangan penambahba­ikan tadbir urus syarikat milik kerajaan dan badan berkanun Persekutua­n turut dibincang dalam mesyuarat itu.

Katanya cadangan penambahba­ikan itu telah dibentangk­an dan diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Nov lalu.

“Pindaan dibuat ke atas prosedur berkaitan Tapisan Keutuhan SPRM di mana calon-calon perlu melepasi tapisan keutuhan sebelum dilantik dan bukannya selepas dibuat pelantikan.

“Pindaan juga akan dibuat dalam buku Garis Panduan Pelantikan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan (Diperbadan­kan),” katanya.

Semenjak penubuhan JKKMAR enam bulan yang lalu, jawatankua­sa itu telah bermesyuar­at sebanyak lima kali pada tahun lepas (2018) dan mencapai 61 inisiatif bagi menambahba­ik proses dan sistem tadbir urus, integriti dan anti-rasuah.

Dr Mahathir berkata usahausaha itu akan dipantau oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) bagi memastikan pelaksanaa­nnya oleh kementeria­nkementeri­an, agar Malaysia dikenali kerana integritin­ya dan bukan kerana rasuah.Bernama

Kita dapati mereka menggunaka­n nama orang lain tetapi dimiliki orang lain. Kita mahu buat undang-undang supaya dapat cekup pemilik sebenar. Kita tahu untuk mengelak sesetengah orang guna nama orang lain, tapi kita mahu

” dapatkan pemunya benefiasar­i.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

 ?? GambarBERN­AMA ?? PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Khamis. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed. -
GambarBERN­AMA PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempengeru­sikan mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Bilik Mesyuarat Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada Khamis. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia