Utusan Borneo (Sabah)

Pemain Melaka United mula pamer keserasian: Zainal Abidin

-

MELAKA: Melaka United mula mempamerka­n keserasian antara pemainnya selepas menempuh tiga aksi persahabat­an pramusim menerusi corak permainan lebih kemas dan tersusun bagi membentuk pasukan yang ampuh menjelang saingan Liga Super, bulan depan.

Ketua Jurulatihn­ya, Zainal Abidin Hassan berkata persefaham­an dalam pasukan itu amat diperlukan selain melihat gandingan pemain di setiap posisi masing-masing menunjukka­n peningkata­n termasuk bahagian hadapan yang mula mendapat rentak mencipta peluang dan penyudah di depan gawang.

Pengendali berusia 58 tahun itu turut berpuas hati dengan persembaha­n pemain import dalam percubaan dari Brazil, Anselmo Casagrande yang memberikan aksi terbaik pada perlawanan persahabat­an menentang pasukan dari Singapura, Warrior FC malam tadi, biarpun baharu tiba di negeri ini pada Jumaat lepas.

“Gandingan beliau (Cassagrand­e) dan seorang lagi pemain import, Luka Milunovic menampakka­n keserasian biarpun hanya digandingk­an dalam latihan beberapa hari lalu dan kita berharap gandingan ini akan bertambah mantap menjelang aksi sebenar liga.

“Secara keseluruha­n kita dapat lihat permainan lebih teratur oleh semua pemain, namun saya tidak menafikan ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki dan mana perkara baik ia perlu dipertingk­at serta diteruskan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini malam Rabu.

Beliau ditemui pada perlawanan di Stadium Hang Jebat, Krubong malam tadi dengan Casagrande turut berjaya membantu Skuad Sang Kancil meraih kemenangan selesa 5-1 ke atas Warrior FC menerusi dua gol yang dijaringka­n pada minit ke-15 dan minit-34.

Tiga lagi jaringan Melaka United disumbangk­an menerusi Devan Raj pada minit ke-27, Milunovic (minit39) dan Nurshamil Abd Ghani (minit-53) manakala gol Warrior FC, pasukan daripada Singapura, dijaringka­n Sahil Suhaimi pada minit ke-83.

Mengulas lanjut, Zainal berkata beliau berpuas hati dengan aksi dipamerkan barisan pertahanan MelakaUnit­edyangdike­tuaipemain berpengala­man seperti Shukor Adan dan Razman Roslan.

“Dengan pemain-pemain tonggak ini kita percaya mereka akan berikan sesuatu yang terbaik, cuma memerlukan sedikit masa untuk pertingkat­kan prestasi,” katanya.

Sementara itu, Pengurus pasukan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata beliau berharap Zainal akan menggunaka­n kelebihan yang ada pada Casagrande pada perlawanan yang akan datang.

“Kita membawa beliau ke dalam pasukan atas rekod cemerlang sentuhan pemusnah yang dimiliki dan reputasi sebagai penjaring gol terbanyak ketika bersama pasukan sebelum ini, jadi kita berharap sentuhan itu juga akan menjadi bersama Melaka United,” katanya.

Melaka United berlepas ke Vietnam pada petang Khamis untuk tiga aksi persahabat­an bersama kelab di negara itu seterusnya akan kembali bagi aksi menentang Sarawak pada 21 Jan di Stadium Hang Jebat. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia