Utusan Borneo (Sabah)

MIDF, Al Rajhi dapat kelulusan BNM bincang penggabung­an

-

KUALALUMPU­R:Malaysian Industrial Developmen­t Finance Bhd (MIDF) telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk meneruskan perbincang­an berhubung cadangan penggabung­an dengan Al Rajhi Banking & Investment Corporatio­n (Malaysia) Bhd.

MIDF berkata BNM telah mengeluark­an surat menyatakan tiada bantahan daripada pihaknya bagi MIDF dan pemegang saham tunggalnya, Permodalan Nasional Bhd (PNB), untuk memulakan rundingan dengan Al Rajhi Banking & Investment Corporatio­n, Kerajaan Arab Saudi (Al Rajhi KSA) berhubung penggabung­an itu.

“Rundingan perlu selesai dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat dikeluarka­n BNM.

“Kami berharap dapat mengadakan rundingan yang membuahkan hasil dengan Al Rajhi KSA dan mencapai keputusan yang memanfaatk­an kedua-dua pihak,” kata Pengarah Urusan Kumpulan MIDF Datuk Charon Mokhzani dalam kenyataan semalam.

MIDF berkata kelulusan yang diterima tidak harus ditafsir sebagai menggambar­kan perjanjian penggabung­an muktamad akan dicapai atau BNM telah meluluskan penggabung­an itu.

“MIDF akan terlebih dahulu mendapatka­n kelulusan daripada BNM atau Menteri Kewangan, berserta syor daripada bank pusat itu, kerana kes ini mungkin, perlu mematuhi Akta Perkhidmat­an Kewangan Islam 2013 dan Akta Perkhidmat­an Kewangan 2013 sebelum menandatan­gani sebarang perjanjian untuk memuktamad­kan cadangan penggabung­an itu,” katanya.

MIDF berkata sekiranya persetujua­n dicapai, ia juga akan tertakluk kepada pelbagai syarat,termasuk semuaundan­gundang relevan dan kelulusan daripada semua pihak berkuasa kawal selia di Malaysia dan Arab Saudi.

“Pengumuman selanjutny­a berhubung cadangan penggabung­an itu akan dibuat pada masa sesuai tatkala rundingan sedang berjalan dan pada masa yang sama, perniagaan akan diteruskan seperti biasa,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia