Utusan Borneo (Sabah)

Kes Teoh Beng Hock: Muhyiddin sangkal dakwaan Ramkarpal

-

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat menafikan sekerasker­asnya dakwaan Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh yang beliau gagal mengarahka­n polis membuka semula siasatan kes kematian Teoh Beng Hock.

Menyifatka­n kenyataan Ramkarpal itu sebagai cuai dan tidak benar sama sekali, Muhyiddin menasihati wakil rakyat berkenaan agar lebih cermat dalam membuat sebarang kenyataan terutamany­a melibatkan anggota pentadbira­n kerajaan.

“Dalam mesyuarat pascakabin­et Kementeria­n Dalam Negeri pada 27 Jun 2018,sayatelahm­emaklumkan bahawa kabinet memutuskan supaya kes kematian Teoh dibuka semula dan mengarahka­n Ketua Polis Negara supaya mengambil tindakan segera berhubung keputusan tersebut.

“Susulan daripada arahan saya dan surat daripada Jabatan Peguam Negara bertarikh 17 Julai 2018, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Pasukan Petugas Khas diketuai oleh Datuk K Manoharan untuk menyiasat semula kes ini.

“Pasukan Petugas Khas telah menyiapkan kertas siasatan dan menyerahka­n kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan lanjut pada 18 Okt 2018,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pada Khamis media melaporkan Ramkarpal mempersoal­kan mengapa Muhyiddin dan Kementeria­n Dalam Negeri masih berdiam diri berhubung kes kematian Teoh walaupun Jabatan Peguam Negara telah mengarahka­n pihak polis untuk membuka semula kes itu sejak Julai lalu.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata kenyataan beliau bahawa polis sedang menunggu arahan daripada Peguam Negara seperti yang dilaporkan media pada 25 Okt 2018 adalah merujuk kepada arahan lanjut daripada Peguam Negara berhubung kertas siasatan yang telah diserahkan oleh Pasukan Petugas Khas.

Katanya Peguam Negara telah memberikan arahan tertentu kepada Pasukan Petugas Khas pada 17 Dis 2018 dan siasatan masih diteruskan.

Teoh yang ketika itu setiausaha politik Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, selepas memberi keterangan mengenai kes penyalahgu­naan peruntukan oleh beberapa anggota Dewan Undangan Negeri di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia yang terletak di tingkat 14 bangunan sama. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia