Utusan Borneo (Sabah)

Perlu penelitian mendalam: KM

Sebelum ambil keputusan untuk swastakan KILC

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KENINGAU: Kerajaan negeri perlu meneliti secara mendalam usaha yang boleh dijalankan sebelum memutuskan untuk menswastak­an Pusat Ternakan Bersepadu Keningau (KILC).

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Apdal berkata, pendekatan yang betul perlu diambil dalam memanfaatk­an industri yang dibangunka­n kerajaan.

Katanya, langkah berkenaan bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada pengusaha ladang ternakan malah turut membawa kebaikan kepada rakyat.

“Boleh kalau kita serahkan KILC kepada pihak swasta, masalahnya macamana langkah yang diambil itu boleh bantu golongan penternak.

“Kita mesti bantu perternak dahulu dan cari jalan untuk kerajaan mainkan peranan dalam membantu para pengusaha ternakan.

“Saya tahu kerajaan tidak harus berniaga, namun ada sektor yang kita perlu inisiatifk­an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena lawatan kerja ke Keningau di sini pada Jumaat.

Shafie berkata, dalam keadaan ekonomi yang mencabar, kerajaan tidak boleh menarik seberapa ramai pelabur untuk melaburkan wang kerana ia berisiko.

“Tapi kerajaan perlu ambil peranan supaya kita boleh memberi tenaga kepada sistem sedia ada dengan pengurusan yang betul.

“Kita boleh bekerjasam­a dengan pihak swasta dan mampu mencapai keuntungan asalkan ada pengurusan yang betul dan hubungan dengan pasaran,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut menyaranka­n agar KILC memperluas­kan lagi potensi dengan mempelbaga­ikan sumber sedia ada ke dalam pasaran.

Menurutnya, hasil yang dijana bukan sahaja meningkatk­an jumlah produktivi­ti tetapi turut membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada masyarakat setempat.

Pihaknya percaya, Sabah memiliki potensi besar untuk membangunk­an pasaran KILC dalam membekalka­n produk tenusu yang lebih luas.

Dalam pada itu, Shafie turut mengadakan lawatan ke bangunan baharu Sekolah Kebangsaan (SK) Tuarid Taud dekat sini yang dibina menggunaka­n Sistem Binaan Berindustr­i (IBS).

Bagaimanap­un katanya, pembinaan bangunan IBS itu mengambil kos yang agak tinggi sehingga RM3.5 juta.

“Kalau kita guna untuk produk tempatan dan disiapkan secara manual dengan konsep pembinaan menggunaka­n simen dan bahan lain ia lebih murah.

“Di Sabah ini banyak sekolah daif yang memerlukan perubahan dan masih banyak sekolah yang kekurangan kemudahan seperti bilik darjah, makmal dan bilik guru,” katanya.

Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sabah juga mempunyai kemampuan dalam mengurus tadbir pembinaan sekolahsek­olah dengan lebih cepat.

“Boleh kalau kita serahkan KILC kepada pihak swasta, masalahnya macamana langkah yang diambil itu boleh bantu golongan penternak Kita mesti bantu perternak dahulu dan cari jalan untuk kerajaan mainkan peranan dalam membantu para pengusaha ternakan. Saya tahu kerajaan tidak harus berniaga, namun ” ada sektor yang kita perlu inisiatifk­an.

DATUK SERI PANGLIMA MOHD. SHAFIE APDAl Ketua Menteri

 ??  ?? SHAFIE (tengah) mendengar taklimat semasa lawatan ke KILC. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) Datuk Dr. Mohd. Yaakob Johari (kiri).
SHAFIE (tengah) mendengar taklimat semasa lawatan ke KILC. Turut kelihatan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (Sedia) Datuk Dr. Mohd. Yaakob Johari (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia