Utusan Borneo (Sabah)

Melaka bercadang sumbang caruman KWSP untuk pemandu teksi

-

MELAKA: Pemandu teksi berdaftar di Melaka dijangka menerima insentif dalam bentuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada kerajaan negeri dalam masa terdekat.

Exco bagi Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam negeri Mohd Sofi Abdul Wahab berkata perkara itu sedang dibincangk­an secara terperinci oleh pihak terlibat dan akan dibawa untuk diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak lama lagi.

“… hasil beberapa siri pertemuan yang dilakukan bersama kumpulan itu sejak Pakatan Harapn mengambil alih pentadbira­n negeri, kita lihat antara usaha membela kebajikan mereka ialah melalui caruman KWSP.

“Caruman KWSP ini akan ditanggung kerajaan negeri kerana kita tahu pendapatan pemandu teksi ini tidak menentu serta mereka terdedah dengan kemalangan. Jadi insentif ini sedikit-sebanyak akan meringanka­n beban kerana mereka akan dapat pencen,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pemeran Lori Pengangkut­an anjuran Pemilik Lori Tipper Dumper dan Simen Mixer Melaka di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini rekod menunjukka­n terdapat kira-kira 1,000 pemandu teksi berdaftar di negeri itu yang bernaung di bawah 16 persatuan teksi.

Mengulas isu lain, beliau menasihati pemandu kenderaan berat yang menggunaka­n kawasan Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Utara-Selatan di Melaka meletakkan kenderaan masing-masing di tempat yang disediakan.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia