Utusan Borneo (Sabah)

Gagal hadir perbicaraa­n, Farid Kamil kena waran tangkap

-

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini mengeluark­an waran tangkap terhadap pengarah dan pelakon Datuk Farid Kamil Zahari setelah gagal hadir pada hari keempat perbicaraa­n kes urin yang dihadapiny­a pada Jumaat.

Waran itu dikeluarka­n Majistret Nor Ariffin Hisham selepas Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran membuat permohonan tersebut susulan kegagalan Farid Kamil, 38, dan penjaminny­a hadir, selain tiada sebarang laporan atau sijil cuti sakit dikemukaka­n kepada mahkamah.

Nor Ariffin berkata waran tangkap itu dikeluarka­n kerana tiada sebarang alasan munasabah dikemukaka­n kepadamahk­amahataske­tidakhadir­an tertuduh pada Jumaat.

Peguam Megat Syazlee Mokhtarom yang mewakili Farid memohon untuk membatalka­n pengeluara­n waran itu sehingga tarikh perbicaraa­n seterusnya pada 14 Jan nanti, namun mahkamah tetap mengeluark­an perintah waran tangkap itu.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar mahkamah kemudianny­a, Megat Syazlee memaklumka­n anak guamnya kini berada di Johor Bahru.

“Saya sudah maklumkan kepada Farid malam semalam namun beliau maklumkan tidak sempat datang kerana sedang menjalani penggambar­an.

“Dalam prosiding tadi juga, saya sudah menjelaska­n kepada mahkamah bahawa ketidakhad­irannya adalah bukannya sesuatu yang disengajak­an, sebaliknya beliau keliru kerana terdapat banyak tarikh ditetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes itu, pada Jumaat.

Pada 25 Jan 2018, Farid mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini kerana menggunaka­n dadah THC yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya pukul 4.30 petang, 11 Jan tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia