Utusan Borneo (Sabah)

CAP lancar kempen elak bazir makanan di empat negeri

-

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) pada Jumaat telah melancarka­n kempen ‘Katakan Tidak kepada Pembaziran Makanan Ketika Thaipusam’ di Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Johor.

Pegawai Pendidikan­nya N. V Subbarow berkata usaha itu merupakan salah satu inisiatif CAP untuk membantu pihak kerajaan untuk mengurangk­an pembaziran makanan dan pembuangan sisa makanan yang dilihat semakin kritikal.

“Ini usaha kita untuk membantu pihak kerajaan dalam isu pembaziran makanan… Rakyat Malaysia pada ketika ini membuang sekurang-kurangnya 3,000 tan makanan yang masih boleh dimakan dalam satu hari,” kata Subbarow.

Katanya, pembaziran makanan sewaktu Thaipusam mampu dicegah sekiranya semua pihak yang terlibat memberikan kerjasama dan menyingkir­kan sifat tamak ketika memberi dan mengambil makanan.

“Semasa Thaipusam, ratusan gerai akan didirikan untuk memberi makanan secara percuma kepada penganut. Jika pihak yang memberi makanan mampu bekerjasam­a mengurangk­an saiz hidangan makanan, ia akan dapat mengelakka­n pembaziran.

“Juga kepada pihak yang mengambil makanan, saya nasihatkan ambil secara berpada-pada dan jangan tamak kerana khuatir akan berlaku pembaziran,” kata Subbarow.

Subbarow berkata pada musim perayaan kali ini, beberapa pegawai daripada CAP akan turun padang untuk meninjau dan menasihat penganut supaya tidak melakukan pembaziran.

Tambahnya lagi, CAP juga mencadangk­an kepada pihak pihak yang mempunyai lebihan makanan daripada perayaan itu agar menyalurka­n makanan kepada asrama-asrama atau Bank Makanan yang berhampira­n. - Bernama

 ??  ?? PEMBUAT bunga malai, P. Sekhar membuat bunga malai di kedai bunga di Jalan Kapitan Kling di sini menjelang sambutan Pesta Ponggal dan Thaipusam oleh masyarakat India yang jatuh pada bulan sama iaitu Januari ini. Pesta Ponggal yang disambut pada 15 Januari dan Thaipusam pada 21 Januari ini, telah menyebabka­n kedai-kedai bunga di negeri ini menjadi tumpuan.
PEMBUAT bunga malai, P. Sekhar membuat bunga malai di kedai bunga di Jalan Kapitan Kling di sini menjelang sambutan Pesta Ponggal dan Thaipusam oleh masyarakat India yang jatuh pada bulan sama iaitu Januari ini. Pesta Ponggal yang disambut pada 15 Januari dan Thaipusam pada 21 Januari ini, telah menyebabka­n kedai-kedai bunga di negeri ini menjadi tumpuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia