Utusan Borneo (Sabah)

SK Holy Trinity Tawau dalam kenangan

- -Artikel sumbangan Irebeh Sabara

JHONNY Gumbiled @ Gumbilit yang berasal dari Kampung Tambulion Kota Belud telah mula bertugas sebagai guru besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Holy Trinity Tawau pada pertengaha­n tahun 2017.

Jawatan ini adalah pengalaman pertama beliau menjawat jawatan sebagai guru besar dari jawatan penolong kanan sebelum ini.

Beliau telah berkhidmat sebagai guru selama 30 tahun bermula tahun 1989 dan telah ditempatka­n bertugas ke bahagian Pantai Timur, Sabah selapas tamat kursus Perguruan Malaysia.

Pengalaman pertama beliau bertugas sebagai guru biasa di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Subur Tawau pada tahun 1989 hingga 2013.

Seterusnya beliau bertugas di SK Pangi Kunak pada tahun 2014 hingga 2016 sebagai Penolong Kanan Kokurikulu­m dan kemudian berpindah semula ke SK Balung, Tawau dan menyandang jawatan sebagai Penolong Kanan Pentadbira­n selama setahun sebelum dinaikkan pangkat lagi ke SK

Holy Trinity

Tawau sebagai guru besar menggantik­an guru besar sebelum ini yang telah bersara.

Tanggal 9 Januari 2019 adalah tarikh akhir beliau bertugas di SK Holy Trinity Tawau sebelum bertukar bertugas di daerah kelahiran beliau sendiri iaitu SK Kiau 1, Kota Belud.

Bagi meraikan perpindaha­n beliau, satu majlis perhimpuna­n khas bersama para jemputan, guru sesi pagi dan petang, staf sokongan dan para pelajar sesi pagi dan petang telah diadakan sebelum beliau meletakkan jawatan secara rasmi sebagai guru besar di Sk Holy Trinity Tawau.

Antara jemputan yang hadir memeriahka­n majlis itu ialah Guru Besar SK Holy Trinity yang baru Petrus Josephemin, Pengerusi PIBG SK Holy Trinity Sabin Borog serta Rev. Father Sunny Chung dan James Lansing, wakil dari pihak lembaga sekolah. Majlis itu dimulai dengan ucapan wakil pentadbira­n sekolah Ruslee Amat selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, seterusnya ucapan Sabin Borog pengerusi PIBG sekolah dan ucapan dari Rev. Father Sunny Chung wakil dari pihak lembaga sekolah. Ucapan terakhir Jhonny Gumbiled @ Gumbilit yang akan menjadi kenangan bagi seluruh warga SK Holy Trinity ialah bait pantun.

Beliau seorang yang suka berpantun dalam pengucapan majlis atau program yang dihadiriny­a.

“Yang patah akan tumbuh, yang berpindah akan berganti,” pantun akhir beliau yang diberikan semasa ucapan akhir beliau.

Pengalaman dan kenangan beliau berada di SK Holy Trinity tidak mungkin akan diperolehi­nya di tempat lain dan akan menjadi kenangan terindah bagi beliau apabila berjauhan nanti.

Harapan beliau semoga kehadiran guru besar baharu Petrus Josephemin dapat membantu mencemerla­ngkan lagi pencapaian pelajar dan seluruh warga sekolah.

Ketika ditemu ramah, Sabin Borog selaku pengerusi PIBG SK Holy Trinity Tawau telah melahirkan rasa sebak, sedih dan terharu atas pertukaran itu.

Baginya, Jhonny Gumbilit merupakan seorang sahabat yang baik, mesra, lemah lembut, tenang dan senyum selalu walau berhadapan pelbagai permasalah­an dalam mentadbir sekolah.

Katanya, sepanjang bekerjasam­a dengan Jhonny dalam menguruska­n dan menyelesai­kan perkara yang berkaitan pelajar dan aktiviti PIBG sekolah, beliau sangat serasi dengan cara pentadbira­nnya yang sangat berdidikas­i, bekerjasam­a dan lemah lembut.

“Dan paling penting sekali, beliau sentiasa tenang dalam menghadapi pelbagai dugaan dan permasalah­an,” katanya.

Harapan Sabin Borog agar beliau akan lebih cemerlang dalam pengurusan sekolah di tempat baru nanti. Semoga ikatan ukuhwah yang terjalan akan tetap terjalin dan abadi.

 ??  ?? JHONNY memberikan ucapan terakhir semasa majlis perhimpuna­n khas sebelum berpindah ke SK Kiau 1, Kota Belud. JHONNY bersalaman dengan pelajar lelaki sebelum meninggalk­an perhimpuna­n terakhir berada di SK Holy Trinity.
JHONNY memberikan ucapan terakhir semasa majlis perhimpuna­n khas sebelum berpindah ke SK Kiau 1, Kota Belud. JHONNY bersalaman dengan pelajar lelaki sebelum meninggalk­an perhimpuna­n terakhir berada di SK Holy Trinity.
 ??  ?? PETRUS Josephemin menyampaik­an hadiah kepada Jhonny daripada pihak pentadbira­n sekolah.
PETRUS Josephemin menyampaik­an hadiah kepada Jhonny daripada pihak pentadbira­n sekolah.
 ??  ?? JHONNY dan barisan jemputan bersalaman dengan pelajar perempuan sebelum meninggalk­an majlis perhimpuna­n terakhir berada di SK Holy Trinity.
JHONNY dan barisan jemputan bersalaman dengan pelajar perempuan sebelum meninggalk­an majlis perhimpuna­n terakhir berada di SK Holy Trinity.
 ??  ?? PETRUS Josephemin Guru Besar SK Holy Trinity yang baru menyampaik­an hadiah daripada semua guru sebagai tanda ingatan.
PETRUS Josephemin Guru Besar SK Holy Trinity yang baru menyampaik­an hadiah daripada semua guru sebagai tanda ingatan.
 ??  ?? GAMBAR kenangan Jhonny bersama para jemputan, penolong kanan pentadbira­n, guru-guru, staf sokongan.
GAMBAR kenangan Jhonny bersama para jemputan, penolong kanan pentadbira­n, guru-guru, staf sokongan.
 ??  ?? JHONNY memberikan ‘punch card’ akhir tepat pada pukul 5.22 petang sebelum bertukar ke sekolah baru.
JHONNY memberikan ‘punch card’ akhir tepat pada pukul 5.22 petang sebelum bertukar ke sekolah baru.
 ??  ?? JHONNY menyampaik­an hadiah kepada Petrus sebagai tanda mengalukan kehadiran ke SK Holy Trinity, Tawau.
JHONNY menyampaik­an hadiah kepada Petrus sebagai tanda mengalukan kehadiran ke SK Holy Trinity, Tawau.
 ??  ?? NURHIDAYAT­I Abdullah pengerusi Unit Kebajikan Staf menyampaik­an cendera kenangan kepada Jhonny.
NURHIDAYAT­I Abdullah pengerusi Unit Kebajikan Staf menyampaik­an cendera kenangan kepada Jhonny.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia