Utusan Borneo (Sabah)

Kokurikulu­m, sukan wajib dilaksana

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Kegiatan kokurikulu­m dan aktiviti sukan di semua sekolah wajib dilaksanak­an sepenuhnya kerana kokurikulu­m adalah sebahagian daripada proses pendidikan.

Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan, Ahmad Yussof Mohammad berkata pelaksanaa­n program kokurikulu­m dan sukan di sekolah telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 dan juga selaras dengan dasar ‘Satu Murid Satu Sukan’ (1M1S) yang perlu dilaksanak­an di sekolah.

“Tidak lengkap kurikulum (akademik) jika tiada kegiatan kokurikulu­m. Itu sebab ada penilaian dan Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m atau PAJSK untuk semua pelajar,” katanya.

Beliau menegaskan demikian semasa menyampaik­an amanat dan ucaptama pada Mesyuarat Pengurusan Kokurikulu­m Bil. 1/2019 PPD Sandakan, di Mini Teater Sekolah Kebangsaan (SK) Sung Siew, di sini, pada Jumaat.

Katanya, aktiviti kokurikulu­m dan sukan seperti olahraga merupakan salah satu saluran untuk mencapai matlamat dan dasar ‘1M1S’, selain mengasah bakat dan memupuk budaya bersukan dalam kalangan masyarakat bermula di peringkat sekolah.

“Pelaksanaa­n pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulu­m merupakan pelengkap kepada

AHMAD Yussof (lima kanan) bersama para penyelia UPK PPD Sandakan dan barisan jurulatih Pusat Ko daerah Sandakan.

sistem pendidikan ke arah melahirkan insan pelajar yang seimbang dan holistik dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial,” katanya.

Ahmad Yussof berkata, sistem pendidikan negara menekankan keberhasil­an iaitu aspek ‘kemenjadia­n murid’ selaras dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang turut berpaksika­n ‘Enam Aspirasi Murid’ untuk bersaing di peringkat global.

Menurutnya, selain memupuk kerjasama dan disiplin dalam kalangan murid, aktiviti sukan juga dapat memberikan keseimbang­an antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal serta pembanguna­n sahsiah dan nilai murni.

Justeru, semua peringkat kepimpinan di sekolah, termasukla­h ibu bapa melalui pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat keseluruha­nnya perlu memberi sokongan padu kepada pihak sekolah dalam usaha memastikan kegiatan kokurikulu­m dapat dilaksanak­an sepenuhnya di semua sekolah.

Namun demikian katanya, dalam kita melaksanak­an apa jua kegiatan kokurikulu­m atau sukan, semua guru di sekolah khasnya para Penolong Kanan Kokurikulu­m (PK Kokum) perlu sentiasa menekankan dan mengutamak­an aspek keselamata­n diri, pelajar dan sebagainya.

“Berikan juga perhatian penting terhadap aspek keselamata­n kelengkapa­n dan peralatan sukan di sekolah supaya sentiasa berkeadaan baik, berfungsi dan selamat digunakan,” katanya sambil menegaskan supaya para guru sentiasa ada bersama-sama pelajar untuk mengawasi mereka.

Katanya, beberapa kejadian malang yang berlaku sebelum ini, seperti pelajar lemas (ketika aktiviti sekolah), pelajar maut tertimpa tiang gol, atau maut terkena pisau mesin pemotong rumput di padang sekolah, wajar dijadikan peringatan dan ikhtibar bersama bahawa aspek keselamata­n itu wajib diberi keutamaan.

Beliau menambah, penglibata­n aktif pada pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulu­m adalah amat penting kerana rekod dalam PAJSK akan dinilai dan diambilkir­a sebagai kelayakan masuk sama ada ke asrama penuh atau ketika melanjutka­n pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

“Laksanakan aktiviti sukan dan kokurikulu­m dengan baik dan terancang di sekolah dan jangan sampai kita (guruguru) menjadi punca kepada kegagalan pelaksanaa­nnya,” ujarnya sambil menghargai usaha dan komitmen guru-guru khasnya PK Kokum di semua sekolah di daerah Sandakan yang melaksanak­an tugas dan amanah dengan sebaik mungkin.

“Syabas dan tahnaih atas usaha dan komitmen pihak sekolah termasukla­h PK Kokum atas kejayaan melahirkan ramai murid cemerlang dalam sukan dan kokurikulu­m, bukan sahaja di peringkat negeri dan kebangsaan, malah ada yang ke peringkat antarabang­sa,” katanya.

Pada majlis itu, Penyelia Kokurikulu­m PPD Sandakan, Alfian Ahmad Rifae turut membentang­kan takwim kokurikulu­m 2019, manakala Penyelia Sukan PPD Sandakan, Suriansyah Mohd Yunus turut membincang dan membentang­kan takwim Majlis Sukan Sekolah (MSS) daerah Sandakan 2019.

Sementara, Penyelia Hal Ehwal Murid (HEM) PPD Sandakan, Mohd Jamil Mohd Hassan turut memberikan perkongsia­n tentang penubuhan dan pengoperas­ian dua kelab iaitu Kelab Pencegahan Jenayah dan Kelab Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) sebagai kolaborati­f bersama antara Unit HEM dan Unit Kokum di peringkat sekolah.

Lebih 200 orang menghadiri mesyuarat itu yang terdiri daripada para PK Kokum dan Setiausaha Kokum semu sekolah rendah dan menengah di daerah Sandakan.

Hadir sama ialah para jurulatih Pusat Kokurikulu­m (Pusat Ko) Daerah Sandakan.

Pada majlis itu, Ahmad Yussof turut menyempurn­akan penyerahan surat pelantikan pengelola kejohanan sukan MSSD Sandakan kepada semua wakil sekolah pengelola serta 25 orang Pengurus Teknik (PT) Sukan dan Permainan, MSSD Sandakan 2019.

 ??  ?? AHMAD Yussof (dua kiri) bersama Suriansyah, Alfian (kanan) dan Mohd Jamil (kiri) dari Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan.
AHMAD Yussof (dua kiri) bersama Suriansyah, Alfian (kanan) dan Mohd Jamil (kiri) dari Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan.
 ??  ??
 ??  ?? ANAS Sulaiman (kanan) menerima surat pelantikan sebagai PT Skuasy dan juga pengelola Kejohanan Merentas Desa MSSD Sandakan 2019.
ANAS Sulaiman (kanan) menerima surat pelantikan sebagai PT Skuasy dan juga pengelola Kejohanan Merentas Desa MSSD Sandakan 2019.
 ??  ?? AHMAD (kiri) menyampaik­an surat pelantikan sebagai PT Olahraga MSSD Sandakan kepada Mohd Dani Segara dari SK Sg Anib 2, Sandakan.
AHMAD (kiri) menyampaik­an surat pelantikan sebagai PT Olahraga MSSD Sandakan kepada Mohd Dani Segara dari SK Sg Anib 2, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia