Utusan Borneo (Sabah)

Bola sepak Bangsa Tombonuo buka penyertaan

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan dipelawa menyertai Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah anjuran bersama Pertubuhan Bangsa Tombonuo Malaysia dan Persatuan Bangsa Tombonuo Sabah.

Timbalan Presiden Pertubuhan Bangsa Tombonuo Malaysia Ahzveens @ Hilary Akian (gambar) berkata, kejohanan julung kali dianjurkan bersama oleh kedua-dua persatuan itu dijadualka­n berlangsun­g di Padang SUKMA, Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada 2-3 Februari depan.

“Penyertaan terbuka kepada pasukan atau kelab dari seluruh Sabah. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Januari dan kami menjangkak­an penyertaan penuh 32 pasukan,” kata Ahzveens.

“Antara tujuan penganjura­n kejohanan ini ialah untuk memupuk semangat kesukanan, amalan gaya hidup sihat, meningkatk­an semangat berpasukan, semangat setia kawan, mencungkil bakatbakat generasi muda dan mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan Gen-Y seluruh negeri,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Katanya, pasukan dikenakan yuran penyertaan RM300 tetapi pelbagai hadiah menarik dan lumayan disediakan termasuk wang tunai.

Juara bakal menerima hadiah wangtunais­ebanyakRM1,500, naib juara RM1,000, tempat ketiga RM500 dan keempat RM250. Kesemua pemenang juga akan menerima medal dan 15 helai jersi.

Selain itu katanya, Anugerah Khas turut diberikan kepada Pasukan Terbaik, Penjaga Gol Terbaik, Pemain Terbaik, Penjaring Terbanyak dan Pengurus Pasukan Terbaik.

Untuk keterangan diminta menghubung­i Ahzlista Akian (010-9569677), Bonny Mosumbu (019-5834162), Dalan Awak (0112567086­1), Jackson Oyok (0198972386), Gabriel Amidin (0135576568) dan Harris Tikuson (0198965761).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia