Utusan Borneo (Sabah)

Kelantan bimbang tiada penyerang berbisa

-

KOTA BHARU: Kegagalan menemui sentuhan penyudah dalam dua aksi persahabat­an menghantui Kelantan menjelang permulaan saingan Liga Perdana 2019, bulan depan.

Kebimbanga­n tiada penyerang berbisa dalam skuad The Red Warriors (TRW) disuarakan oleh pengarah teknikalny­a, Peter Stainebrun­ner selepas skuad itu hanya mampu menjaringk­an dua gol menentang Terengganu FC 1 (TFC 1) dan Kedah, baru-baru ini.

Beliau berkata skuad tersebut telah memperliha­tkan kelemahan dalam barisan serangan walaupun mampu memberikan cabaran kepada pasukan lawan semasa aksi pramusim tersebut.

“Kami perlu mencari seorang penyerang berkualiti yang boleh membantu pasukan menjaringk­an gol apabila rakan sepasukan mencipta peluang tersebut,” katanya ketika dihubungi, di sini pada Jumaat.

Untuk rekod, dalam dua perlawanan persahabat­an tersebut, Kelantan memperoleh­i keputusan seri 1-1 dengan TFC 1 dan tewas 4-1 kepada Kedah.

Stainebrun­ner berkata pasukan tersebut perlu mengatasi masalah itu bagi mengelak Kelantan ketandusan gol dalam saingan liga musim ini.

Ketika ini, katanya, Kelantan sedang menguji pemain import yang mampu memenuhi kriteria tersebut dan berharap dapat mengisi kekosongan di barisan depan pasukan berkenaan.

Beliau mengakui pasukan itu masih belum dapat menonjolka­n keserasian mereka walaupun 80 peratus pemain dikekalkan daripada musim lalu.

Menurutnya, mereka mempunyai masa kurang dari sebulan untuk membentuk keserasian pemain.

“Ini bukan tugas mudah…ia memerlukan komitmen tinggi daripada semua pihak yang terlibat dengan pasukan,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia