Aspek keselamatan JKM, SPRM Sarawak cemerlang
Kedua-dua agensi terima penarafan cemerlang lima bintang dalam IAKKP 2017
KUCHING: Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menerima penarafan cemerlang lima bintang dalam Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (IAKKP) 2017 yang dianjurkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri.
Majlis Penyampaian Sijil IAKKP 2017 disempurnakan Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Mansor Man di Bilik Gerakan, Bangunan Sultan Iskandar di sini semalam.
Mansor berkata, Program Inspektorat Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (IAKKP) diperkenalkan pada 2013 oleh Pejabat KPKK Malaysia, Jabatan Perdana Menteri sebagaimana yang diumumkan bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Konvensyen Keselamatan Perlindungan Peringkat Kebangsaan 2012.
“Tujuan utama anugerah khas ini adalah untuk mempertingkatkan tahap keselamatan perlindungan di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi menjaga kerahsiaan dan aset kerajaan supaya sentiasa berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, IAKKP 2017 yang dilaksanakan pada tahun lepas merupakan pelaksanaan kali keempat.
“Projek perintis kepada program ini adalah 2013 yang dilaksanakan terhadap kementerian, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan.
“Pada2014pulapelaksanaan ini telah difokuskan terhadap jabatan persekutuan, badan berkanun persekutuan, jabatan persekutuan peringkat negeri dan jabatan di bawah pentadbiran kerajaan negeri,” jelasnya.
Pada majlis tersebut, Mansor turut menyampaikan sijil Anugerah IAKKP kepada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), 4 Bintang, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) 4 Bintang, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak 4 Bintang dan Mahkamah Tinggi Kuching 3 Bintang.
Turut hadir Pengarah KPKK Negeri Sarawak A’ssri Ramli, Pengarah SPRM Sarawak Razim Mohd Noor,
“Tujuan utama anugerah khas ini adalah untuk mempertingkatkan tahap keselamatan perlindungan di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi menjaga kerahsiaan dan aset kerajaan supaya sentiasa berada ” dalam keadaan selamat. DATUK MANSOR MAN Setiausaha Persekutuan Sarawak
Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Jabatan Ketua Menteri Datuk Dr Chai Khin Chung, pegawai dan wakil jabatan persekutuan dan negeri.