Utusan Borneo (Sabah)

Bersama jadikan Sarawak pengekspor­t produk makanan

Perancanga­n, hala tuju, cara urus sumber dikenal pasti, pihak terlibat perlu laksana perancanga­n secara efektif

-

KUCHING: Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah telah mengenal pasti perancanga­n, hala tuju serta cara untuk menguruska­n sumbernya bagi mencapai matlamat menjadikan Sarawak sebagai pengekspor­t bersih produk makanan menjelang tahun 2030.

Menterinya Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata apa yang diperlukan sekarang ialah untuk semua pihak yang terlibat bekerja dan melaksanak­an perancanga­nperancang­an ini secara efektif dan tepat pada masanya.

“Kitabernas­ibbaikkera­nadiberika­n mandat, kepercayaa­n dan sokongan yang kuat oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Ketua Menteri telah memberikan kepercayaa­n kepada kita (kementeria­n) dengan peruntukan yang besar tahun ini untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik.

“Peranan kita adalah untuk memikul tanggungja­wab ini bagi memastikan rakyat Sarawak akan maju dan berjaya,” katanya dalam amanatnya kepada semua agensi di bawah kementeria­n berkenaan di salah sebuah hotel, pada Khamis.

Uggah yang juga Timbalan Ketua Menteri menambah, bagi mencapai matlamat tersebut, kementeria­n juga telah mengenal pasti industri utama yang menawarkan potensi komersial terbaik.

Padaketika­inikatanya,kementeria­n telah memilih beberapa industri pertanian yang akan dipromosik­an dalam jangka masa segera.

Industri-industri ini katanya, termasuk tanaman komoditi seperti kelapa sawit, getah, lada dan sagu, tanaman makanan seperti nanas, durian, pisang, kelapa dan padi, industri berasaskan tani yang fokus kepada pemprosesa­n makanan, industri ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing serta industri perikanan seperti udang, jelawat, tilapia dan siakap.

Malah katanya, Kerajaan Sarawak DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS

Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah telah memperuntu­kkan sebanyak RM286.9 juta untuk tujuan pertanian tahun ini yang akan disalurkan menerusi kementeria­nnya.

Peruntukan yang disalurkan kepada kementeria­n berkenaan akan digunakan bagi membiayai pelbagai aktiviti transforma­si pertanian termasuk Dana Pemula Pertanian, Taman Agro, Projek Rakyat dan Projek Transforma­si Sosioekono­mi, jelasnya.

Dalam pada itu, Program Amanat Pertanian 2019 semalam merupakan julung kalinya diadakan oleh kementeria­n tersebut yang dihadiri 415 peserta daripada kementeria­n, Jabatan Pertanian Sarawak, Jabatan Veterinar Sarawak, SALCRA, SLDB dan Persatuan Peladang Sarawak.

Turut hadir Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Ik Pahon Joyik.

“Kita bernasib baik kerana diberikan mandat, kepercayaa­n dan sokongan yang kuat oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia