Utusan Borneo (Sabah)

Pengurusan kewangan yang betul sangat penting

-

MIRI:Perbincang­an awam tentang perancanga­n kewangan perlu dilakukan untuk meningkatk­an kesedaran orang ramai bahawa amat penting bagi mereka untuk mempunyai pengurusan kewangan yang betul.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin percaya dengan pengetahua­n yang baik mengenai perancanga­n kewangan, ia akan membantu orang ramai mencapai matlamat hidup mereka melalui pengurusan kewangan yang betul.

Bercakap pada Sidang Kemuncak Perancanga­n Kewangan & Insurans Kehidupan Mandarin Kebangsaan Ke-11 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam, Lee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin berkata pengurusan kewangan yang baik akan melindungi kewangan rakyat daripada keadaan tidak menentu.

Justeru, beliau amat menyokong dan merasakan terdapat keperluan untuk menganjurk­an lebih banyak perbincang­an awam mengenai pengurusan kewangan.

“Menjadi organisasi utama untuk insurans hayat, Perunding Insurans Hayat Malaysia dan Takaful Keluarga (NAMLIFA) adalah badan profesiona­l yang melindungi, mempromosi­kan dan mengukuhka­n peranan penting dalam industri insurans hayat melalui perkhidmat­an kewangan yang kukuh.

“Di samping mempromosi­kan produk anda, penting bagi anda untuk mengadakan perbincang­an awam untuk rakyat di bawah komitmen tanggungja­wab sosial korporat (CSR) anda,” jelas Lee.

Mengulas mengenai acara itu juga, beliau berterima kasih kepada NAMLIFA kerana memilih Miri sebagai tuan rumah untuk persidanga­n mereka kali ini.

Beliau amat optimis acara seumpama itu memainkan peranan penting untuk meningkatk­an aktiviti pelanconga­n di bandar raya Miri.

Memandangk­an Sarawak melancarka­n kempen Tahun Melawat Sarawak pada tahun ini, beliau mahukan peserta persidanga­n khususnya dari luar negara melihat sendiri keunikan budaya rakyat serta keindahan alam semula jadi Sarawak dalam suasana yang berbeza.

 ??  ?? LEE menggunaka­n sumpit sambil menyasarka­n belon merah besar untuk dipecahkan sebagai simbolik perasmian persidanga­n tersebut sambil disaksikan Lim (tiga kanan) dan yang lain.
LEE menggunaka­n sumpit sambil menyasarka­n belon merah besar untuk dipecahkan sebagai simbolik perasmian persidanga­n tersebut sambil disaksikan Lim (tiga kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia