Utusan Borneo (Sabah)

Pelancaran logo, lagu GPS menandakan bermulanya era baharu politik Sarawak

-

KUCHING: Pelancaran logo dan lagu Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menandakan bermulanya era baharu politik Sarawak yang berteraska­n 100 peratus anak Sarawak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) PBB Dr Hazland Abang Hipni berkata, bermula saat ini, rakyat Sarawak mempunyai kepimpinan baharu sesuai dengan mottonya, ‘Utamakan Sarawak’ seperti mana baitbait lagu GPS yang dicipta Narawi Rashidi.

“Dalam lirik lagu ini, penulisnya menekankan bahawa GPS bersama rakyat Sarawak membina Sarawak yang gemilang dengan sokongan rakyat pelbagai kaum hidup harmoni dan hak Sarawak terus dipertahan­kan sampai bila-bila,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Dr Hazland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Demak Laut berkata, pemimpin GPS perlu menerima hakikat bahawa politik Sarawak hari ini berbeza berbanding 55 tahun lalu ketika bersama Perikatan dan Barisan Nasional (BN).

“Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat BersatuSar­awak(SUPP),Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang menerajui GPS perlu membuang perasaan selesa dan mula bekerja keras mendamping­i rakyat selepas perubahan landskap politik pada 9 Mei 2018.

“Seperti yang pernah disuarakan Pengerusi GPS sebelum ini, penubuhan gabungan parti politik berteraska­n anak-anak tempatan Sarawak ini adalah untuk memperjuan­gkan hak-hak Sarawak seperti yang terkandung dalam Perlembaga­an Persekutua­n,” tegasnya.

Dengan mengangkat motto ‘Utamakan Sarawak’, beliau berkata, GPS menyeru sokongan rakyat Sarawak untuk terus bersama bersuara dalam mendapatka­n kembali hak-hak yang terhakis selepas 55 tahun dinafikan haknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia