Utusan Borneo (Sabah)

MPS pertimbang laksana Program Khidmat Masyarakat

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) masih dalam perbincang­an dengan agensi kerajaan yang berkaitan sebelum melaksanak­an Program Khidmat Masyarakat.

Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain berkata, sekiranya program itu dilaksanak­an pada masa akan datang, pesalah yang membuang sampah merata-rata mungkin perlu menjalani hukuman khidmat masyarakat.

“Pihak majlis masih berbincang dengan beberapa agensi seperti Jabatan Penjara dan mahkamah dalam usaha melaksanak­an Program Khidmat Masyarakat ini,” ujarnya.

Rogayah berkata demikian ketika ditanya tindakan yang boleh diambil terhadap pesalah yang membuang sampah merata-rata yang enggan membayar kompaun meskipun telah beberapa kali diberi peringatan.

Sepanjang 2018, sejumlah 897 notis bagi kesalahan membuang sampah merata-rata dikeluarka­n, dengan 33.67 peratus pesalah telah menjelaska­n kompaun masing-masing.

Difahamkan, kesalahan membuang puntung rokok mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 466 kes.

Beliau juga memberitah­u, kebanyakan pesalah adalah pengunjung yang datang berkunjung ke bandar ini.

“Sibu merupakan bandar utama di kawasan tengah dan ramai pengunjung seperti dari Kapit, Kanowit, Bintangor dan Sarikei datang berkunjung.

“Masih ramai pengunjung ini yang tidak sedar akan kempen kebersihan yang kami jalankan,” katanya.

Bermula 1 Julai 2017, kompaun bagi kesalahan membuang sampah merata-rata telah dinaikkan kepada RM500 daripada RM50 sebelumnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia