Utusan Borneo (Sabah)

Penurunan harga tetap jalur lebar

Beri erti besar kepada karyawan kandungan

-

KUALALUMPU­R:Kejayaan kerajaan menurunkan harga tetap jalur lebar sebanyak 25 peratus pada tahun lepas penuh bermakna bagi sekurang-kurangnya 10,000 karyawan kandungan, kata Presiden Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia Dr Mahadi J. Murat

Sambil mengucapka­n terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo atas inisiatif itu, Mahadi berkata golongan karyawan kandungan adalah pendokong utama dalam menjayakan agenda pendigital­an dan reka cipta kandungan daripada filem berskala besar sehingga ke filem internet yang kini semakin pesat membangun.

“Ia juga sangat penting dalammemba­ngunkankap­asiti sumber tenaga serta pelajar dalam bidang komunikasi, media dan perfileman di negara ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mahadi juga berharap kadar harga itu bukan sahaja akan terus dipertahan­kan malah tebaran penetrasi jalur lebar DR MAHADI J. MURAT

Presiden Institut Kesenian dan Kajian Media Malaysia dapat dijaringka­n berterusan meliputi seluruh pelosok negara.

Dalam pada itu, katanya, sudah sampai masa kerajaan perlu mendekati golongan karyawan kandungan serta menimbangk­an sebarang bentuk galakan dan perlindung­an kepada mereka.

Pada Khamis Gobind mengumumka­n sasaran kerajaan menurunkan harga tetap jalur lebar sebanyak 25 peratus pada akhir tahun lepas berjaya dicapai.

Kejayaan itu adalah hasil pelaksanaa­n Standard Mandatori bagi Harga Akses (MSAP) oleh kerajaan, yang menjurus kepada harga jalur lebar tetap yang lebih rendah.Bernama

“Golongan karyawan kandungan adalah pendokong utama dalam menjayakan agenda pendigital­an dan reka cipta kandungan daripada filem berskala besar sehingga ke filem internet yang kini semakin pesat membangun. Ia juga sangat penting dalam membangunk­an kapasiti sumber tenaga serta pelajar dalam bidang komunikasi, media dan ” perfileman di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia