Utusan Borneo (Sabah)

NEF rancang wujudkan satu juta pekerjaan

-

KUALA LUMPUR: Rangka Kerja Keusahawan­an Kebangsaan (NEF) yang inklusif dan berdaya saing, yang dijangka dilancarka­n pada suku kedua tahun ini, bertujuan untuk menjana sehingga satu juta pekerjaan dalam pelbagai peluang dan keupayaan di Malaysia dalam tempoh tempoh lima tahun.

Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof berkata, teras strategik dalam NEF akan menyasarka­n penciptaan pekerjaan baharu dalam sektor seperti automotif, aeroangkas­a dan pertanian serta bidang pertumbuha­n tinggi yang lain.

“Projek kereta nasional baru yang sering diperkatak­an itu sendiri akan membawa banyak kemahiran dan keupayaan, seperti kejurutera­an struktur dan mekanikal, elektrik dan elektronik, perisian, internet perkara dan robotik.

“Projek kereta nasional baharu itu pasti akan menjadi pemangkin untuk mengembang­kan keupayaan kita,” katanya kepada satu perhimpuna­n media pada Rabu.

Mohd Redzuan berkata, NEF juga berhasrat untuk mengukuhka­n sumbangan ekonomi perusahaan kecil dan sederhana daripada 37.1 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2017 kepada 41 peratus menjelang 2020.

Menurutnya, NEF juga merancang memanfaat potensi kerjasama, melaksanak­ankonseppr­otege dan mengembang­kan skop pasaran halal Malaysia. “Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan menandatan­gani memorandum kerjasama dengan Jepun mengenai halal, untuk memastikan produk dan perkhidmat­an halal Malaysia dapat memasuki pasaran Jepun sebelum Sukan Olimpik dan Paralimpik akan datang pada 2020,” katanya. NEF itu akan dilancarka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia