Utusan Borneo (Sabah)

55 RUMAH MUSNAH

60 keluarga terjejas

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PUTATAN: Kira-kira 60 keluarga kehilangan tempat tinggal selepas 55 rumah di kawasan seluas empat hektar di Kampung Pasir Putih, di sini, musnah terbakar dalam tempoh kurang tiga jam petang Jumaat.

Beberapa kenderaan milik penduduk termasuk sebuah bas, dan tiga kereta pelbagai jenis turut terjejas berikutan tidak sempat diselamatk­an.

Ketua Operasi Pegawai Kanan Penguasa Bomba II (PKPgB II) Hamsa Isnurdini berkata kejadian bermula kira-kira jam 12.50 tengah hari di sebuah rumah penduduk.

“Operasi pemadaman segera dilaksanak­an oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bagaimanap­un beberapa minit selepas itu kita mendapatka­n bantuan dari BBP Kota Kinabalu bagi melaksanak­an kerja pemadaman di lokasi,” katanya.

Menurutnya kebakaran sukar untuk dikawal berikutan tekanan air pili bomba di kawasan berkenaan amat rendah, tambahan pula keadaan struktur rumah yang dibina di situ sangat rapat antara rumah.

“Ketangkasa­n anggota kita bagaimanap­un berjaya mengawal kebakaran jam 3.14 petang dan kita terpaksa mendapatka­n bantuan kapasiti air sebanyak 20,000 liter dari BBP Lintas selain menghubung­i Jabatan Air Daerah Penampang untuk bantuan air.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya jam 4.32 petang dan tiada kecederaan serta kematian dalam kes ini,” katanya sambil menambah beberapa agensi lain yang terlibat termasuk Bomba Tentera Kem Lok Kawi, Polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Sementara itu Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Haris Ibrahim berkata 60 keluarga terjejas dan kerja menyelengg­ara mangsa terlibat giat dijalankan dan kesemua mangsa ditempatka­n di Dewan Serbaguna Putatan dan Dewan Mini Putatan sebagai Pusat Penempatan Sementara (PPS).

“Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca kejadian dan sebarang maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya semasa dihubungi.

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah Datuk Uda Sulai yang turut berada di lokasi kejadian berkata pihaknya sedang mengambil inisiatif untuk menyenarai­kan mangsa terlibat melalui agensi berkenaan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Proses mengenalpa­sti jumlah mangsa masih dijalankan sebelum melaksanak­an beberapa inisiatif termasuk bantuan yang perlu diberikan kepada mangsa kebakaran,” katanya.

Uda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas itu merakamkan penghargaa­n kepada pasukan bomba dan agensi terlibat termasuk masyarakat setempat yang banyak membantu mangsa kebakaran.

“Tekanan air mungkin rendah bagaimanap­un usaha memadamkan kebakaran di kawasan seperti ini tidak mudah kebetulan angin kuat serta cuaca panas yang menambahka­n lagi keadaan menjadi lebih teruk sehingga tidak boleh diselamatk­an,” katanya.

Sehingga jam 6 petang Jumaat kerja memindahka­n mangsa kebakaran ke dua PPS yang dibuka masih giat dijalankan.

 ??  ?? SALAH sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran itu.
SALAH sebuah rumah yang musnah dalam kebakaran itu.
 ??  ?? ANTARA
kenderaan penduduk yang musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih, Putatan.
ANTARA kenderaan penduduk yang musnah dalam kebakaran di Kampung Pasir Putih, Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia