Utusan Borneo (Sabah)

Orang Asli bakal jadi penentu di Cameron Highlands?

-

KUALA LUMPUR: Walaupun tinggal jauh di pedalaman, undi masyarakat Orang Asli tetap dianggap penting meskipun selama ini mereka tidak memainkan peranan besar dalam landskap politik negara.

Namun, situasinya mungkin bertukar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands 26 Jan nanti apabila perpecahan dalaman partiparti politik yang bertanding dilihat sebagai membuka ruang kepada masyarakat Orang Asli untuk muncul sebagai penentu atau ‘king maker’ dalam PRK itu nanti.

Justeru kerana itu, Barisan Nasional (BN) sendiri dilihat mengambil peluang dengan mempertaru­hkan seorang bekas pegawai kanan polis daripada kalangan Orang Asli untuk mempertaha­nkan kerusi itu.

Kaum Orang Asli, yang mewakili 22 peratus daripada sejumlah 32,009 pengundi kebanyakan­nya dari suku Temiar, adalah satu jumlah yang tidak boleh dipandang remeh sekurang-kurang di Cameron Highlands. Baki pemilih terdiri daripada kaum Melayu (34 peratus), Cina (30 peratus) dan India (15 peratus).

Masyarakat Orang Asli di situ selama ini cenderung menyokong BN yang masih menjadi kerajaan negeri di Pahang. Pemilih lain pula terbahagi kepada kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH), PAS dan parti-parti kecil lain seperti PSM dan Berjasa yang turut mempunyai sebilangan penyokong masing-masing di Cameron Highlands.

DAP yang diihat sebagai ketua untuk “menggempur’’ BN di Cameron Highlands amat menyedari bahawa PRK kali ini bukan satu perlawanan mudah memandangk­an dua calon BN dari MIC telah memenangi kerusi itu dalam dua pilihan raya terdahulu, dengan majoriti mudah termasuk majoriti 597 undi dalam pertanding­an lima penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

Justeru, tidak menghairan­kan jika jauh sebelum tarikh penamaan calon dan hari pengundian diumumkan, pihak-pihak yang bakal bertanding telah mula berkempen untuk memenangi hati masyarakat Orang Asli. Malah pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang telah bermalam pada malam tahun baharu di kampung Orang Asli Semoi Lama akibat kenderaan pacuan empat rodanya terperangk­ap dalam laluan berlumpur.

“Selamat Tahun Baharu, sudah tentu ada sebab kenapa kami perlu meraikan malam tahun baharu di sini. Di sini tiada jalan yang elok, beginilah nasib yang menimpa masyarakat Orang Asli selepas lebih 60 tahun negara mencapai kemerdekaa­n,” kata Lim mengenai nasib masyarakat Orang Asli di perkampung­an yang dilawatiny­a.

Masyarakt Orang Asli di situ sedar bahawa ada pihakpihak yang sedang cuba untuk memancingm­erekatetap­itidak mudah untuk memenangi hati masyarakat itu.

BN mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatka­n keyakinan dan kepercayaa­n mereka dan justeru itu, tidak mudah bagi seorang pendatang baharu dari PH hendak menembusi kubu masyarakat Orang Asli itu.

Ketiadaan amalan rasuah “membeli undi” mungkin menjadi satu kejutan buat masyarakat Orang Asli di situ yangsudaht­erbiasa“menerima ganjaran untuk undi” yang dianggap sesetengah pihak sebagai satu budaya sebelum ini.

Para calon perlu berfikir banyak kali sekiranya cuba hendak menyuap pengundi kerana pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menempatka­n pegawainya di situ untuk membantera­s rasuah beli undi. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia