Utusan Borneo (Sabah)

Konsert Jelajah Malaysia Maher Zain 9 Mac

-

SELEPAS kali terakhir kemunculan­nya di Malaysia lima tahun lepas, penyanyipe­nggubah lagu warga Sweden berketurun­an Lubnan, Maher Zain akan kembali semula ke negara ini pada Mac ini untuk mengadakan konsert jelajahnya.

Kosert ‘Maher Zain Malaysia Tour 2019’ bakal bermula pada 9 Mac ini di Axiata Arena di Kuala Lumpur, sebelum diteruskan ke Johor Bahru, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, Sabah, sepanjang bulan itu.

“Saya tahu ramai peminat yang menanti sejak sekian lama untuk saya datang ke sini dan mengadakan konsert jelajah… kami akhirnya berada di sini,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di sini semalam.

Maher berkata peminatnya di Malaysia sering kali memberi sokongan padu kepada kerjayanya dan beliau berharap agar konsert jelajahnya di negara ini berjaya.

“Semasa saya menghasilk­an album pertama pada 2009, saya datang ke sini pada 2010 dan saya rasa ketika itulah nama saya mula menjadi sebutan ramai. Alhamdulil­lah… rakyat Malaysia sangat

mesra dan penyayang,” kata penyanyi itu yang popular dengan lagu ‘InsyaAllah’ dan ‘For The Rest Of My Life’.

Semasa di berada di negara ini, Maher ingin menikmati sate kerana beliau begitu menggemari kuah kacang.

Maher, yang menghasilk­an single terkini, ‘Huwa AlQuran’, tujuh bulan lepas, berkata konsert jelajah itu akan menampilka­n pelbagai lagu popularnya dan beliau berharap peminat akan terhibur dengan persembaha­nnya.

“Sewaktu saya berdiri di atas pentas, saya dapat melihat pelbagai emosi peminat, ada yang tersenyum, ada yang menitiskan air mata dan ada yang bagaikan sedang berfikir... berdoa. Ya, saya sememangny­a menantinan­tikan waktu itu,” katanya.

Maher turut merakamkan beberapa lagu popularnya dalam bahasa Melayu pada tahun 2011, iaitu ‘InsyaAllah’ dan ‘For The Rest Of My Life (Sepanjang Hidup)’.

Ditanya tentang kemungkina­n menghasilk­an sebuah album penuh lagu dalam bahasa Melayu, penyanyi berusia 37 tahun itu berkata beliau belum ada sebarang perancanga­n, namun akan menjadikan­nya suatu cabaran.

“Saya tidak bertutur dalam bahasa Melayu dan hanya menyanyika­n beberapa lagu sahaja dalam bahasa Melayu, semata-mata kerana ‘InsyaAllah’ dan ‘For The Rest Of My Life’ sangat popular di sini dan ramai yang meminta saya merakamkan­nya dalam bahasa Melayu.

“Sebenarnya saya juga menyanyi dalam bahasa lain, seperti Turki, Perancis, Urdu dan beberapa bahasa lagi,” katanya. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? MAHER ZAIN
MAHER ZAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia