Utusan Borneo (Sabah)

Hari Keluarga Taman Sepanggar 2019 eratkan silaturahi­m penduduk

-

HARI Keluarga Taman Sepanggar 2019 anjuran bersama Jawatankua­sa Cawangan Parti Warisan Taman Sepanggar 1 dan 2, Jawatankua­sa COMBI Taman Sepanggar dan Jawatankua­sa Surau AlJannah Taman Sepanggar yang berlangsun­g di Padang Permainan Perumahan Taman Sepanggar baru-baru ini meriah dengan pelbagai acara menarik disediakan kepada peserta bersama ahli keluarga.

Sambutan hari keluarga yang pertama kali diadakan itu bertemakan ‘Keluarga Bahagia, Taman Ceria’ telah disertai lebih 500 penduduk Taman Sepanggar bersama keluarga masing-masing.

Menurut Pengerusi Penganjur Hari Keluarga Taman Sepanggar 2019, Tuan Haji Manap Haji Jainudin, program itu merupakan aktiviti yang dirancang untuk semua penduduk taman bersama keluarga bertujuan merapatkan lagi hubungan silaturahi­m dan saling mengenali sesama kejiranan lain yang berbilang bangsa dan agama serta kebudayaan yang pelbagai.

“Kita sangat bertuah kerana program ini mendapat penyertaan yang menggalakk­an walaupun persiapan yang singkat di samping keadaan cuaca yang amat baik membolehka­n setiap acara berlangsun­g dengan lancar,” katanya.

Katanya, Hari keluarga ini akan dijadikan aktiviti tahunan bagi warga perumahan Taman Sepanggar dan berharap lebih ramai keluarga dapat menyertai.

Sementara itu, Bendahari Cawangan Parti Warisan Taman Sepanggar 1, Abdullah Pang berkata, penganjura­n hari keluarga itu merupakan salah satu wadah untuk mengeratka­n jalinan kekeluarga­an penduduk taman dan mengenali sesama jiran.

“Dan pujian harus diberikan kepada ahli jawatankua­sa program atas usaha merealisas­ikan penganjura­n program tersebut,” katanya.

Beliau berharap penduduk Taman Sepanggar ini akan terus bersatu hati dan menggemble­ng tenaga untuk memajukan diri serta menjaga hubungan baik antara penduduk dengan kepimpinan yang ada demi kebaikan semua.

“Tahniah juga kepada semua ahli jawatankua­sa yang hadir bersama keluarga masing-masing untuk memeriahka­n lagi program ini.

“Semoga anda semua bergembira dalam menyertai pelbagai acara menarik dengan hadiah-hadiah yang disediakan,” katanya ketika merasmikan program hari keluarga berkenaan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsun­g seperti senamrobik dan sukaneka acara individu, acara berpasanga­n dan acara keluarga.

Program itu turut menyaksika­n penyampaia­n hadiah Kejohanan Liga Bola Sepak 7 Sebelah 2018 oleh Abdullah Pang di samping hadiah kepada para pemenang setiap acara.

Hadir sama, Ketua Cawangan Parti Warisan Taman Sepanggar 1 Jaidi Juslin, Pengerusi COMBI Taman Sepanggar Amat Jutrah Hj. Musnih dan Naib Timbalan Cawangan Parti Warisan Taman Sepanggar 1 Hj. Salim Hj. Anjani.

 ??  ?? HAJI Manap (tiga dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama barisan jawatankua­sa program.
HAJI Manap (tiga dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama barisan jawatankua­sa program.
 ??  ?? ABDULLAH menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang acara sukaneka.
ABDULLAH menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang acara sukaneka.
 ??  ?? HAJI Manap turut serta dalam acara Boling Kelapa.
HAJI Manap turut serta dalam acara Boling Kelapa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia