Kebakaran berjaya dipadam sebelum bomba tiba

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kebakaran melibatkan sebuah rumah di Taman Utama Court di sini berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah dan orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba dalam kejadian pagi Ahad.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sandakan Anddre Andrew berkata kebakaran melibatkan ruangan bilik di rumah terbabit.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.02 pagi dan mengerahkan sebuah jentera FRT, sebuah LFRT dan sebuah water tanker dengan kekuatan sembilan anggota bomba ke lokasi.

“Pasukan bomba tiba di lokasi lapan minit kemudian dan membuat pemeriksaan menyeluruh bagi memastikan tidak ada lagi sumber api sebelum meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.

Katanya operasi ditamatkan pada jam 11.13 pagi.

KEBAKARAN membabitkan ruangan bilik rumah terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.