Dari Muka A1

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

Katanya, KKTP juga telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan isu setinggan melalui usaha penempatan semula penduduk setinggan.

Menurutnya, KKTP akan mewujudkan sistem maklumat setinggan sebagai rujukan agensi kerajaan dalam membuat polisi dan perancangan yang lebih baik.

Dalam ucapannya, Jaujan menyeru kepada pemaju perumahan agar menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti, cantik, harga berpatutan dan nyaman untuk diduduki penduduk.

“Tiada guna sekiranya rumah yang dibina cantik tetapi tidak terjual kerana mahal... ini tidak menepati sasaran kita,” katanya.

Beliau berkata, adalah penting syarikat pemaju perumahan datang berbincang atau memberitahu agensi kerajaan di sini seperti LPPB bahawa mereka ingin membina rumah di Sabah.

Dengan perbincangan itu, LPPB boleh menyediakan tanah dan kerajaan juga boleh membantu mengenal pasti tanah-tanah yang strategik serta sesuai untuk dibina rumah.

“Risiko tanpa penyeliaan daripada kerajaan membolehkan pelbagai masalah wujud seperti dari segi mutu kerja, bekalan elektrik tidak sampai, pelan pembangunan tidak lulus dan jalan raya tidak diluluskan tetapi rumah sudah dibina.

“Ada juga rumah sudah siap tetapi sijil menduduki (OC) tidak dikeluarkan... inilah yang berlaku. Dalam Kerajaan Sabah Baru ini, kita tidak mahu perkara berkenaan berulang,” katanya.

Katanya, sebelum pembangunan dilaksanakan, pihak pemaju perlu memastikan semua kemudahan asas infrastuktur sudah teratur bagi mengelakkan sebarang kelewatan.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi LPPB Tan Sri Wences Angang, Timbalan Setiausaha Tetap KKTP Wong Foo Tin, Pengurus Besar LPPB George Liew, Ketua Pegawai Eksekutif K.T.I Sdn Bhd Dr Gordon Loke, Pengarah Projek K.T.I Sdn Bhd Wilson Loke serta tetamu kehormat lain.

Pembinaan Taman Sri Lemawang akan dilaksanakan secara berperingkat menggunakan teknologi IBS. Fasa 1A kini sedang dilaksanakan yang terdiri daripada 88 unit.

Ia dijangka disiapkan dalam tempoh setahun. Harga untuk seunit adalah bermula daripada RM250,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.