Christina umum barisan MPN PKR Sabah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - SIONG HAN -Oleh YAP

KOTA KINABALU: Barisan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah telah diumumkan oleh Pengerusi PKR Negeri Datuk Christina Liew dalam satu mesyuarat MPN yang diadakan di sini pada Sabtu.

Katanya, kesemua 26 pengerusi cabang PKR seluruh negeri termasuk dua wanitanya kekal sebagai ahli tetap dalam MPN.

“Terdapat empat ahli majlis yang dilantik iaitu Fung Thin Yein, Roger Stimin, Stefly Said dan Joseph Alex Chang.

“Sementara, Ketua Cabang PKR Kota Belud Mustapha Sakmud dilantik semula sebagai timbalan pengerusi, diikuti tiga naib pengerusi iaitu Kenny Chua (Adun Inanam), Ag Husaini Hj Ag Sahari (Ahli Parlimen Putatan) dan Datuk O.T. John Ghani,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Beliau berkata Abdul Razak Hj Jamil kekal sebagai setiausaha dan Ketua Cabang PKR Kota Marudu Sazalye Donol Abdullah sebagai setiausaha penganjur. Awang Duramin Tafa dilantik sebagai bendahari dan Ketua Cabang PKR Labuan Simsudin Sidek sebagai ketua Penerangan PKR Sabah.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Taman-Taman Sabah Mohd Amin Abdul Mem dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin masing-masing dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Negeri dan Pengarah Strategi Negeri.

CHRISTINA (tengah) dan Jonathan (tiga dari kiri) bersama ketua cabang yang lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.