Persatuan Dayak Labuan harap rumah kebudayaan dibangun

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

LABUAN: Persatuan Dayak Labuan berharap agar dibangunkan sebuah rumah kebudayaan bagi merancakkan penganjuran aktiviti kebudayaan di sini.

Pengerusinya Anna Jessi berkata, Persatuan Dayak Labuan dan persatuan lain boleh memanfaatkan kemudahan itu jika dapat direalisasikan suatu masa nanti.

“Sehubungan dengan aktiviti kebudayaan anjuran pelbagai persatuan kebudayaan, alangkah baik dan menarik jika terdapat rumah kebudayaan di Labuan.

“Rumah kebudayaan bukan sahaja merancakkan lagi aktiviti kebudayaan, malah boleh menjadi salah satu produk pelancongan sekali gus menarik minat pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk berkunjung ke Labuan,” katanya.

Selain itu, Anna turut mencadangkan agar syarikat penerbangan mengadakan penerbangan terus LabuanKuching.

“Jika melihat dari pelbagai sudut positif, ia bukan sahaja dapat memudahkan perjalanan rakyat terutama anak Sarawak, malah ia boleh menarik minat pelancong yang berada di Borneo Timur untuk berkunjung ke Labuan.

“Mungkin boleh dimulakan dengan satu atau dua penerbangan pada musim perayaan bagi mengetahui menguji pasaran semasa,” katanya semasa memberikan ucapan aluan pada Malam Apresiasi dan Makan Malam Sempena Tahun Baharu 2019 Bersama Anak Sarawak Anjuran Persatuan Dayak Labuan, malam Sabtu.

Anna mewakili Persatuan Dayak Labuan turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Labuan atas sokongan kepada setiap program anjuran mereka.

“Saya rasa sangat terharu dan gembira kerana telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Penerangan yang memberikan satu zon khas untuk anak Sarawak yang dahulunya dikenali sebagai Komuniti 1Malaysia.

“Menjadi satu kegembiraan bila kita dapat bekerjasama dengan penduduk Labuan dan menjayakan setiap program yang dianjurkan.

“Kami sangat berharap agar dapat bekerjasama semula dengan Jabatan Penerangan seperti sebelum ini,” katanya.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli yang merasmikan majlis itu memuji peranan yang dimainkan Persatuan Dayak Labuan yang sudah lama bertapak di Labuan.

“Persatuan Dayak Labuan adalah antara NGO yang banyak membantu dalam menjayakan pembangunan masyarakat di Labuan terutamanya dalam aspek perpaduan.

“Apabila banyak persatuan yang mewakili etnik-etnik di Borneo aktif mempersembahkan kebudayaan masing-masing, ia akan lebih mencerminkan Labuan sebagai

Borneo.

“Amat penting untuk kita menunjukkan perpaduan Labuan di semua peringkat agar lebih dihormati oleh pimpinan kerajaan Pusat supaya mereka lebih Pearl of mendengar kemahuan kita di Labuan,” katanya semasa merasmikan majlis itu.

Hadir sama, Timbalan Pengarah UMSKAL Prof Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Ketua Polis Labuan Supt Mohd Farid Ahmad, Pengarah Jabatan Perancangan dan Kawalan Bangunan, Perbadanan Labuan Ibrahim Tambi, Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Labuan Datuk Wong Kii Yii dan Pengerusi KDCA Labuan Peter Pikul.

ROZMAN (enam dari kanan) dan Anna (lima dari kiri) bergambar kenangan bersama tetamu kehormat selepas menyempurnakan gimik pelancaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.