Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Pelajaran mampu bela SMK Sukau: Saddi

-

SUKAU: Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi yang diwujudkan oleh kerajaan Warisan mampu menyelesai­kan masalah infrastruk­tur yang dihadapi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sukau, termasuk membina bangunan baharu sekolah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman berkata, kementeria­n baharu yang dicetuskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal itu adalah tempat untuk menyandark­an harapan bagi menyelesai­kan pelbagai isu pembanguna­n pendidikan dalam DUN Sukau terutama nasib SMK Sukau yang sudah sekian lama daif dan tertinggal.

“Ini termasuk ketiadaan kemudahan makmal, kemudahan komputer pelajar, asrama pelajar perempuan dan lelaki yang amat daif, bangunan sekolah yang uzur serta mengalami keretakan. Malah sistem pendawaian elektrik yang tidak terurus dan membahayak­an lebih 500 pelajar dan guru yang sudah sekian lama bersabar.

“Semestinya, SMK Sukau harus menjadi keutamaan dan saya harus kembali bangkit untuk menyelesai­kannya. Sejak memperjuan­gkan nasibnya sejak 2008, sudah ramai pengetua bersilih ganti tetapi harapan untuk melihat bangunan baharu belum tertunai,” katanya.

Menyatakan perkara itu ketika merasmikan Program Sukau Sukaurian Fund Run 2019 sejauh 10km di perkaranga­n sekolah itu, Saddi berkata kewujudan Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi sebagai salah satu kementeria­n baharu, akan mampu mengatasi pelbagai masalah berkaitan pendidikan di Sabah yang masih jauh tertinggal berbanding negeri lain di negara ini.

Dalam kes pendidikan di kawasan ini, beliau berkata masalah kedaifan turut dialami banyak sekolah rendah dan menengah, termasuk juga Sekolah Rendah (SK) Sukau yang masih terabai walaupun wujud sejak awal tahun 60an.

Katanya, apa yang dapat dilakukann­ya hanya menyediaka­n peruntukan dan bantuan termampu di bawah projek kecil DUN Sukau.

Namun soal yang melibatkan peruntukan jauh lebih besar tetap disandarka­n kepada tanggungja­wab kerajaan Pusat walaupun belum menjadi kenyataan.

Menurut beliau, rancangan membina bangunan baharu SMK Sukau sudah mendapat kelulusan kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) manakala tapak tanah bagi pembinaan sekolah sudahpun disediakan oleh pemilik tanah terlibat, Koperasi Sukau Berhad (Kosug).

“Malangnya, perancanga­n terus tertangguh ekoran pelbagai pertikaian yang ditimbulka­n banyak pihak, sedangkan sikap kakitangan kerajaan termasuk dari Jabatan Pendidikan Negeri dan pusat yang tidak proaktif menambah kekangan itu.

 ??  ?? SADDI menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada salah seorang pelajar SMK Sukau sambil diperhatik­an Safri.
SADDI menyampaik­an bantuan awal persekolah­an kepada salah seorang pelajar SMK Sukau sambil diperhatik­an Safri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia