Utusan Borneo (Sabah)

Tadbir, bangun Sarawak ikut cara sendiri

Sarawak belajar urus politik, guna saluran bangun negeri bermula 1963 hingga Mei 2018

-

BINTULU: Tempoh 55 tahun selepas Sarawak merdeka mengajar rakyat Sarawak cara mentadbir dan membangun negeri menurut landskap politik dan hala tuju masa depannya sendiri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, selepas 55 tahun merdeka Sarawak belajar mengurus politik dan seterusnya menggunaka­n saluran membangunk­an negeri bermula pada 1963 hingga Mei 2018.

Katanya, dahulu negeri ini ditadbir melalui hubungan Kuala Lumpur bersama Parti Perikatan 1970, BN (Barisan Nasional) serta perlu belajar menghadapi banyak masalah disebabkan baharu merdeka antaranya ancaman komunis, konfrontas­i dan ketidaksta­bilan politik.

“Pada masa itu, politik kita t e raba-raba namun kita belajar. Tahun lalu satu pertukaran kerajaan persekutua­n setelah tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun kita bersyukur Sarawak dapat mempertaha­n 19 kerusi daripada 30 kerusi.

“Ia sekali gus menggambar­kan kita masih kuat,” katanya berucap menyempurn­akan perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan Parti Demokratik Progresif (PDP) di sini pada Sabtu.

Justeru, katanya melihat situasi itu kita perlu melihat apa yang berlaku, mengkaji kelemahan pengurusan dan cara penyelesai­an untuk Sarawak.

Katanya, dalam pakatan BN membabitka­n konsensus perlu sebulat suara apabila keputusan dibuat majoriti dan kita perlu akur sebagai minoriti sehingga memberi kesan ke atas negeri ini.

“Tok Nan (bekas Ketua Menteri) memperkata­kan banyak kuasa negeri ini terhakis dan meminta dikembalik­an.

“Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016 rakyat memberi mandat kepercayaa­n untuk kita meneruskan usaha mengembali­kan hak dan kuasa Sarawak,” katanya.

Menurutnya, apabila beliau menerajui negeri ini memberi cabaran besar meneruskan usaha itu selepas dua tahun pemergian Adenan namun semangat perjuangan mengembali­kan kuasa terhakis tetap kukuh.

Beliau berkata, meskipun manifesto adalah janji pengundi ia tetap janji tidak boleh ditukar dan parti komponen adalah tiang masa depan Sarawak serta perlu belajar daripada kesilapan sekali gus melindungi negeri ini dengan dasar betul yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Menggunaka­n teknologi dan sumber untuk menangani kelemahan berlaku dalam pembanguna­n di pedalaman negeri ini terutama infrastruk­tur dengan memecahkan kawasan kepada tiga bahagian iaitu Koridor Pembanguna­n Wilayah (RECODA) membangunk­an kawasan Rajang, tanah tinggi dan utara adalah pendekatan dilakukan bagi merubah kawasan luar bandar,” jelasnya.

Katanya, dengan pelaksanaa­n ini maka dana diperlukan dan ditubuhkan bank pembanguna­n iaitu DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

Developmen­t Bank of Sarawak (DBOS) dengan dana RM4.5 bilion berjaya diperolehi dalam dua tahun.

Tambahnya, keadaan itu menggambar­kan Sarawak tidak menunggu Kuala Lumpur mendapatka­n

peruntukan pembanguna­n tetapi membangun mengguna dana sendiri termasuk menetapkan cukai petroleum lima peratus atau RM3.89 bilion.

“Ia adalah hak kita melalui instrumen ekonomi dengan menambah nilai sumber. Dengan persefaham­an rakyat berjumlah 2.8 juta di negeri ini diperkukuh­kan dengan bakat, sumber dan semangat kita mampu merubah sebagai kuasa ekonomi memandangk­an politik menentukan ekonomi negeri ini,” katanya.

Ditanya mengenai sambutan dan penerimaan rakyat terhadap Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari yang juga pengerusi GPS berkata, terpulang kepada rakyat menentukan­nya memandangk­an kita mempunyai beberapa program, perjuangan, landasan sendiri dan keputusan akhir di tangan rakyat.

Mengenai keinginan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Sarawak dan strategi dilakukan oleh Sarawak, beliau berkata “Biarkan mereka berspekula­si”.

Turut hadir Presiden PDP merangkap Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri di Jabatan Ketua Menteri( Integriti dan Ombudsman) merangkap Adun Jepak Datuk Talib Zulpilip, Menteri Utiliti merangkap ADUN Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak (KWKPK) Dato Sri Fatimah Abdullah mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta wakil-wakil Parti Rakyat Sarawak (PRS), Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Timbalan Presiden PDP Datuk Nelson Balang Rining, Setiausaha Agung PDP Datuk Anthony Nogeh Gumbek, pengerusi jawatankua­sa pengelola merangkap Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil serta menteri-menteri kabinet negeri.

“Pada masa itu, politik kita teraba-raba namun kita belajar. Tahun lalu satu pertukaran kerajaan persekutua­n setelah tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun kita bersyukur Sarawak dapat mempertaha­n ” 19 kerusi daripada 30 kerusi

 ??  ?? ABANG Johari bersama Tiong (depan, tengah), menteri-menteri mewakili parti komponen PBB, PRS, SUPP serta ahli Majlis Tertinggi PDP penuh bersemanga­t di Bintulu pada Sabtu.
ABANG Johari bersama Tiong (depan, tengah), menteri-menteri mewakili parti komponen PBB, PRS, SUPP serta ahli Majlis Tertinggi PDP penuh bersemanga­t di Bintulu pada Sabtu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia