Utusan Borneo (Sabah)

10 gajah Pygmy ditangkap, pindah sepanjang 2018

JHL dan WRU lakukan operasi ‘tangkap pindah’ selamatkan gajah Pygmy

-

SEEKOR gajah Pygmy Borneo jantan liar lebih kurang seberat tiga tan berjaya dijejaki dan ditangkap di Ladang Wilmar Sapi Dua, Beluran untuk dipindahka­n ke Hutan Simpan Kawag, Lahad Datu dalam operasi ‘tangkap pindah’ hujung Disember lepas.

Ia adalah gajah Pygmy yang kesepuluh berjaya ditangkap dalam operasi ‘tangkap pindah’ di kawasan Telupid dan Beluran sepanjang tahun 2018.

Operasi ini dijalankan selama sembilan hari yang membabitka­n empat pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah diketuai oleh Pembantu Hidupan Liar, Hamud Abdul Aziz dan lima anggota dari Unit Penyelamat­an Hidupan Liar (WRU) Sabah diketuai oleh Penolong Pengurus WRU, Jidius Dausit.

Hamud ketika ditemui penulis berkata gajah jantan ini telah dikawal dan dipantau selama dua bulan oleh satu pasukan pihaknya ekoran laporan diterima dimana gajah ini berkeliara­n di sekitar Ladang Bimbingan, Ulu Muanad dan Ladang Wilmar Sapi sebelum ditangkap.

“Dalam operasi selama sembilan hari itu, gajah berkenaan yang diberi gelaran Sapi Dua berjaya dibawa keluar dari Ladang Wilmar Sapi 2 oleh pegawai Jabatan Hidupan Liar Sabah dan WRU Sabah dengan sebuah lori sebelum dihantar terus ke Hutan Simpan Kawag, Lahad Datu untuk dibebaskan.

“Sebelum itu, gajah terbabit bersama tiga gajah lain dalam kumpulan yang sama berkeliara­n di dalam beberapa ladang kelapa sawit dan perkampung­an Ulu Muanad sejak bulan Ogos lepas,” katanya.

Beliau memberitah­u dua daripada empat ekor gajah jantan ini kemudianny­a telah ditangkap berasingan di kawasan Beluran dan dipindahka­n ke hutan simpan.

“Seekor lagi dari kumpulan gajah ini masih belum ditangkap dan besar kemungkina­n berada di kawasan Ulu Muanad atau ladang sawit berhampira­n,” katanya sambil menjelaska­n sekiranya terdapat laporan mengenai gajah ini pihaknya akan melakukan pemantauan dan operasi tangkap pindah.

Hamud berkata faktor kumpulan gajah ini perlu dipindahka­n ekoran berlakunya ancaman yang tinggi terhadap gajah itu disebabkan terpaksa melalui beberapa buah ladang seperti Ladang Bimbingan 1 dan 2, Ladang Wilmar Sapi dan Ladang NPC baru sampai ke kawasan Hutan Simpan Segaliud Lokan.

Sepanjang tahun 2018, tujuh ekor gajah telah ditangkap di Telupid bermula Februari hingga Mac 2018. Daripada jumlah itu, dua ekor dipindahka­n ke Hutan Simpan Kawag di Lahad Datu, empat ekor ke Hutan Simpan Imbak di Kinabatang­an dan seekor lagi ke Hutan Simpan Deramakot juga di Kinabatang­an.

Dalam bulan Ogos dan September 2018, dua ekor gajah jantan lagi ditangkap di Beluran dimana dipindahka­n berasingan ke Hutan Simpan Kawag, Lahad Datu dan Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau.

JHL Sabah terpaksa melakukan operasi berkenaan ekoran gajahgajah itu telah berada di sekitar kawasan perkampung­an dan ladang kelapa sawit dalam usaha mengurangk­an konflik gajah dengan manusia.

Pegawai dan kakitangan JHL Sabah dengan bantuan pasukan WRU Sabah menjejak gajah-gajah liar terbabit dan terpaksa menembak gajah berkenaan menggunaka­n ubat pelali setiap operasi ‘tangkap pindah’ dilakukan.

Membina pagar eletrik dan membina parit penghalang ke kawasan tanaman antara kaedah yang diperkenal JHL sebagai salah satu usaha menghalang gajah memasuki ladang atau kebun tanaman.

Sekiranya, JHL Sabah menerima laporan gajah telah memasuki ladang kelapa atau kebun tanaman penduduk, pegawai dan kakitangan akan dihantar membuat pemantauan sebelum melaksanak­an kaedah ‘tangkap pindah’ atau menghalau gajah terbabit jauh ke dalam hutan.

Walaupun kaedah ‘tangkap pindah’ memerlukan peruntukan besar dan kemahiran yang tinggi, kaedah ini masih diamalkan dalam usaha meningkatk­an peluang menyelamat­kan hidupan liar serta usaha pemulihara­an pada masa depan.

Tetapi kaedah ‘tangkap pindah’ ini bukan salah satu penyelesai­an jangka panjang kerana sekiranya populasi gajah di satu-satu kawasan hutan simpan itu semakin banyak, pasti kumpulan gajah ini akan keluar dari dalam hutan dan menceroboh tanaman penduduk kampung atau ladang kelapa sawit.

Fakta ini dikukuhkan lagi selepas kejadian pada tahun 2015 dimana sekumpulan gajah liar dari Hutan Simpan Tabin, Lahad Datu keluar dan memasuki kebun dan ladang-ladang sawit.

JHL dengan kerjasama WRU terpaksa menjalanka­n operasi ‘tangkap pindah’ selama sebulan dengan berjaya menangkap semula 24 ekor gajah itu untuk dipindahka­n semula ke dalam Hutan Simpan Tabin.

Di kawasan Hutan Simpan Deramakot – Tangkulap di Kinabatang­an, populasi gajah di kawasan itu kini mencecah bilanganny­a lebih 30 ekor.

Pada bulan Disember 2018 lepas, 11 ekor dari jumlah itu dikesan berkeliara­n secara berkumpula­n di sebuah ladang kelapa sawit berhampira­n hutan simpan berkenaan bagi mencari sumber makanan.

Seorang kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah yang bertugas di Pusat Penyelidik­an Perhutanan Batu 14 Sandakan, Matzailan Osup memberitah­u penulis dimana dia sering terserempa­k dengan kumpulan gajah liar itu yang menghalang laluan jalan utama ladang berkenaan.

“Dalam bulan Disember lepas, hampir sejam saya dan beberapa rakan mengambil tindakan menghalau gajah ini untuk balik ke pinggir Hutan Simpan Deram a kot Tangkul a pagar tidak merosakkan tanaman dan menghalang laluan jalan di situ,” katanya.

Ini juga jelas membuktika­n kaedah ‘tangkap pindah’ bukannya jalan penyelesai­an jangka panjang yang boleh menyelamat­kan gajah terkecil di dunia ini yang populasiny­a kurang dari 2,500 ekor seluruh Sabah.

KONFLIK GAJAH DAN MANUSIA BUKAN PERKARA BAHARU

Konflik gajah dan manusia bukanlah suatu yang baharu sejak pembukaan tanah atau ladang-ladang kelapa sawit yang menyebabka­n habitat gajah terganggu. Sebahagian kawasan habitat gajah yang dahulunya dilitupi hutan telah dijadikan sebagai ladang penanaman kelapa sawit dan kebun buahbuahan.

Kerakusan manusia dalam merampas habitat gajah Pygmy atau nama saintifikn­ya ‘Elephas maximus borneensis’ merupakan salah satu ancaman terbesar kepada kepupusan haiwan terancam ini.

Perubahan drastik ini menyebabka­n populasi gajah Pygmy kehilangan tempat tinggal sekali gus menyebabka­n gajah-gajah berkenaan masuk dan membuat ‘gangguan’ di kawasan ladang dan kebun penduduk. Tanaman kelapa sawit, buah-buahan, pisang dan tebu dalam laluan mereka akan diganggu dan dimakan oleh gajah-gajah liar.

Sebagai haiwan darat yang paling besar memerlukan makanan yang banyak setiap hari. Gajah dilaporkan memakan sebanyak 150 kilogram (kg) sehari dan memerlukan kawasan yang luas untuk mencari makanan.

Punca utama konflik adalah disebabkan habitat gajah diganggu, kawasan keliaran mereka makin berkurang dan laluan mereka dihalang.

Pembukaan tanah secara besar-besaran tanpa memahami habitat, pemakanan dan tingkah laku gajah menyebabka­n habitatnya terganggu. Habitat makin mengecil menyebabka­n kawasan keliaran gajah mencari makanan menjadi terhad.

Ini turut diakui oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal dalam ucapannya ketika merasmikan Pelancaran Dasar Hutan Sabah 2018 di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, Batu 6 Jalan Utara di Sandakan pada 3 Disember lepas.

Shafie yang baharu lebih tujuh bulan lepas memegang jawatan Ketua Menteri Sabah amat sedih dengan penerokaan hutan tidak dirancang secara sistematik tanpa mengambil kira hidupan liar khususnya gajah.

Beliau memberi jaminan dan komitmen yang tinggi Kerajaan Negeri Sabah dalam tadbir urus hutan untuk memastikan sumbersumb­er hutan diurus secara mampan dan memberi keutamaan pemulihara­an hutan untuk memperkasa­kan pelanconga­n berasaskan alam semulajadi serta hidupan liar.

Penerokaan hutan bukan sahaja mengurangk­an habitat tetapi memberikan laluan kepada pemburu haram dan kemalangan jalan raya melibatkan gajah.

Kawasan keliaran gajah adalah kawasan yang dilalui sepanjang tahun dalam habitat semula jadi mereka. Saiz kawasan keliaran ditentukan oleh sumber makanan, perubahan musim, dan faktor lain seperti sumber air, sumber mineral, kehilangan habitat dan halangan laluan mereka.

Kajian jangka panjang perlu dijalankan bagi tujuan pemulihara­an hidupan liar terutamany­a gajah termasuk melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta penduduk setempat yang tinggal berhampira­n dengan habitat hidupan liar.

Daerah Beluran, Telupid, Kinabatang­an, Lahad Datu sehinggala­h di Tawau merupakan kawasan subur dan di situlah populasi gajah ini tinggal. Tetapi, pada masa ini, sebahagian besar kawasan ini telah ditanami dengan kelapa sawit.

Kawasan hutan yang tinggal di Sabah, tidak semuanya sesuai kerana kebanyakan­nya berbukit bukau dan hanya sebahagian kawasan sahaja yang boleh dijadikan habitat haiwan terbesar di Borneo ini (gajah Pygmy).

Konflik gajah dengan manusia di kawasan Telupid, dilaporkan seekor gajah jantan telah masuk ke dalam kantin asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid pada kejadian awal pagi bulan Mac 2018.

Tiga jam hari yang sama dilaporkan sepuluh ekor gajah telah menceroboh kawasan Balai Polis Telupid selepas merosakkan pagar balai terbabit. JHL dan WRU telah berjaya menangkap enam ekor gajah terbabit sebelum dilepaskan semula di Hutan Simpan Imbak dan Hutan Simpan Deramakot.

Kumpulan-kumpulan gajah liar ini sering menjadi kegusaran penduduk kampung di kawasan Telupid sejak tahun 2013, bukan sahaja nyawa mereka terancam tetapi juga menanggung kerugian akibat tanaman dan harga benda mereka dirosakkan.

Walaupun kaedah ‘tangkap pindah’ memerlukan peruntukan besar dan kemahiran yang tinggi, kaedah ini masih diamalkan dalam usaha meningkatk­an peluang menyelamat­kan hidupan liar serta usaha pemulihara­an pada masa depan. Tetapi kaedah ‘tangkap pindah’ ini bukan salah satu penyelesai­an jangka panjang kerana sekiranya populasi gajah di satu-satu kawasan hutan simpan itu semakin banyak, pasti kumpulan gajah ini akan keluar dari dalam hutan dan menceroboh tanaman penduduk kampung atau ladang kelapa sawit. ”

 ??  ?? GAJAH jantan dimasukkan ke dalam kurungan sebelum diangkut dengan lori untuk dilepaskan di Hutan Simpan Kawag, Lahad Datu.
GAJAH jantan dimasukkan ke dalam kurungan sebelum diangkut dengan lori untuk dilepaskan di Hutan Simpan Kawag, Lahad Datu.
 ??  ?? KAKITANGAN JHL dan WRU menyiram air pada badan gajah.
KAKITANGAN JHL dan WRU menyiram air pada badan gajah.
 ??  ?? GAJAH jantan ditangkap di Ladang Wilmar Sapi 2.
GAJAH jantan ditangkap di Ladang Wilmar Sapi 2.
 ??  ?? GAJAH diangkut dengan lori.
GAJAH diangkut dengan lori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia