Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan perpaduan, tolak cubaan pihak ekstremis

Kekalkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sabah

- Memotong kek sebagai tanda sambutan tahun baharu di Kota Marudu.

KOTA MARUDU: Keharmonia­n hidup penduduk pelbagai kaum dan agama di negeri ini haruslah dikekalkan dan bersatu menolak sebarang cubaan pihak ekstremis dan pelampau agama dari luar yang mahu merosakkan persefaham­an yang sudah terjalin sejak lama.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony berkata kita tidak mahu perpaduan berbilang kaum di negeri ini terjejas ekoran segelintir kumpulan kecil dari luar membawa amalan berpolitik yang tidak menghormat­i semangat kekeluarga­an pelbagai anutan agama.

“Kita hidup dalam kepelbagai­an etnik, anutan agama dan kepercayaa­n yang telah terjalin sejak lama dahulu dan cara hidup seperti ini haruslah dikekalkan,” katanya.

Beliau yang juga presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia

ACARA

berkata demikian pada Majlis Natal dan Tahun Baharu Parti Warisan Sabah Kota Marudu di Dewan Komuniti di sini pada Sabtu.

Dalam majlis yang dihadiri lebih 1,000 masyarakat berbilang kaum dan agama itu, Peter menegaskan bahawa kerajaan Warisan tidak mahu ada pihak luar mengambil kesempatan memporak peranda perpaduan kaum di Sabah.

Beliau yang juga naib presiden Warisan berkata demikian sebagai merujuk tindakan kumpulan kecil membantah penganjura­n majlis Natal dan Tahun Baharu di Tawau awal bulan ini.

Pada majlis itu, Peter menerima 1,000 borang keahlian KDM Malaysia dari kalangan belia yang menunjukka­n generasi muda berbilang kaum memahami perjuangan NGO itu untuk kepentinga­n semua kaum.

Majlis Natal dan Tahun Baharu Kota Marudu dihoskan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Matunggong Barlus Mangabis dan PPM Tandek Suzie Salapan.

Bercakap mengenai kementeria­nnya, Peter

“Kita hidup dalam kepelbagai­an etnik, anutan agama dan kepercayaa­n yang telah terjalin sejak lama dahulu dan cara hidup seperti ini haruslah ” dikekalkan.

DATUK PETER ANTHONY Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur

berkata banyak kemudahan infrastruk­tur di sini yang gagal dilaksanak­an dengan baik oleh pihak kontraktor akan terus dilaksanak­an dengan menggunaka­n khidmat kontraktor baharu.

Terdahulu dalam ucapannya, Ketua Bahagian Warisan Kota Marudu Datuk Baintin Adun @ Abdul Halim berkata projek yang sudah dalam perancanga­n memerlukan tindakan susulan khususnya di kawasan Matunggong dan Tandek yang masih tertinggal jauh dalam menikmati kemudahan yang baik.

Sempena majlis itu, Peter turut menyampaik­an 1,000 kampit beras kepada golongan kurang berkemampu­an.

Turut hadir, Pegawai Daerah Arnold Joibi, Adun Kuamut Datuk Masiung Banah dan para pemimpin Warisan.

Majlis itu diserikan dengan pelbagai persembaha­n dan rangkaian lagu daripada Peter yang diiringi penari wirawati serta tetamu khas.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WAKIL belia menyerahka­n 1,000 borang keahlian KDM Malaysia kepada Peter.
WAKIL belia menyerahka­n 1,000 borang keahlian KDM Malaysia kepada Peter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia