Utusan Borneo (Sabah)

81 rumah dikenal pasti musnah di Pulau Banggi

- - Oleh YAP SIONG HAN

KUDAT: Sebanyak 81 rumah setinggan dikenal pasti musnah dalam kebakaran di Kampung Kerakit Pulau Banggi pada petang Ahad.

Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat Ishak Jabas berkata, kebakaran itu turut memusnahka­n dua kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Karakit.

“Kebakaran itu meliputi kawasan setinggan atas air dan darat berkeluasa­n dua ekar.

“Seramai 303 orang mangsa kebakaran terlibat telah kehilangan tempat tinggal dan ditempatka­n di pusat pemindahan sementara SK Karakit, Sekolah Agama Negeri Karakit dan Rumah Rehat Pejabat Daerah,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya, sebuah kenderaan Toyota Vigo turut didapati musnah terbakar 100 peratus semasa ketibaan pasukan bomba.

“Dalam insiden itu, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Talian telefon serta liputan GIRN di lokasi pula tidak berfungsi,” katanya.

Ishak berkata, BBP Kudat menerima panggilan kecemasan pada jam 3.26 petang. Seramai 15 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian dengan bantuan Bot Maritim sejauh 40 kilometer.

“Seterusnya, pasukan bomba melakukan pemeriksaa­n untuk memastikan tiada lagi punca api dan keadaan selamat di sekitar kawasan itu.

“Operasi terkawal pada jam 6.10 petang dan tamat sepenuhnya selepas 20 minit kemudian,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN lokasi kejadian selepas kebakaran itu.
KEADAAN lokasi kejadian selepas kebakaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia