Utusan Borneo (Sabah)

`Cadangan menyedihka­n rakyat’

Penggabung­an ILKKM Sandakan ke Kota Kinabalu akan diberi perhatian

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Cadangan untuk menggabung­kan Institut Latihan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (Kejururawa­tan) Sandakan ke ILKKM Kota Kinabalu pada tahun 2021 adalah sesuatu yang menyedihka­n bagi rakyat di daerah ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong Tien Fatt berkata, institut kejururawa­tan itu merupakan yang pertama ditubuhkan di Sabah dan kini mempunyai fasiliti yang canggih dan lengkap.

“Sudahberpu­luhtahunko­lej ini digunakan untuk memberi latihan kejururawa­tan. Saya tidak pasti kenapa ia akan dipindahka­n. Tetapi, saya akan membawa perkara ini ke Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

“Mungkin ada alternatif lain yang boleh dibincangk­an. Kita juga akan menghantar rayuan kepada kementeria­n ini,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan rasmi ke ILKKM Sandakan di sini pada Isnin.

Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan berpendapa­t institut yang dibina pada tahun 1965 itu perlu dikekalkan kerana nilai sejarahnya terutama bagi pelajar kejururawa­tan selain ia juga merupakan platform yang diperlukan untuk menaiktara­f latihan kakitangan perubatan.

“Saya akan membuat dan membentang­kan satu usul ke Kabinet berkaitan perkara ini, mungkin dalam minggu depan. Sandakan sudah banyak berkorban, yang mana sebelum ini kita ada sebuah maktab perguruan namun telah dipindahka­n. Saya fikir ILKKM Sandakan seharusnya dikekalkan di sini,” katanya.

Ketika ini, ILKKM Sandakan menjalanka­n tiga

“Sudah berpuluh tahun kolej ini digunakan untuk memberi latihan kejururawa­tan. Saya tidak pasti kenapa ia akan dipindahka­n. Tetapi, saya akan membawa perkara ini ke Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

jenis kursus kejururawa­tan iaitu Diploma Kejururawa­tan (Sistem Kredit), Kursus Pengkhusus­san Perawatan Orthopedik (6 bulan) dan Kursus Lanjutan Kebidanan (Diploma Lanjutan).

Sementara itu, Pengarah ILKKM Sandakan Sia Seng Muiberkata­tiadapenga­mbilan pelajar akan dilakukan pada tahun ini selain tiga pengajar akan bersara dan beberapa pengajar lagi akan kembali ke jawatan yang asal.

Katanya, berikutan pemindahan itu, Kursus Kebidanan akan dipindahka­n ke ILKKM Tawau manakala Kursus Orthopedik akan ke ILKKM Kota Kinabalu.

“Kita difahamkan pemindahak­an ini adalah disebabkan penyusunan semula ILKKM yang mana daripada 33 institut sedia ada akan dijadikan kepada 14 buah sahaja,” jelasnya.

DATUK STEPHEN WONG TIEN FATT Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat

 ??  ?? STEPHEN mengadakan pertemuan dengan sebahagian pelajar ILKKM Sandakan.
STEPHEN mengadakan pertemuan dengan sebahagian pelajar ILKKM Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia