Rakyat Sabah perlu bersatu: Peter

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh SALMAN ABADI

KOTA MARUDU: Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony menyeru rakyat berbilang kaum di negeri ini agar terus bersatu untuk maju dan membangun dengan menolak sifat taksub terhadap kaum sendiri sahaja.

Katanya, fahaman ektrimis dan bergaul dalam kelompok atau bangsa tertentu sahaja akan menyempitkan pemikiran dan menyebabkan mereka ketinggalan jauh dengan kaum lain.

Beliau menyuarakan demikian kepada media selepas diminta mengulas lanjut saranan beliau terhadap penduduk pribumi Sabah untuk terus maju dan keluar dari kepompong kemiskinan.

Peter yang juga presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Natal dan Tahun Baru 2019 KDM Kota Marudu, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, rakyat Sabah tanpa mengira kaum atau bangsa dan agama perlu bersatu dalam mencorakkan masa depan Sabah baharu yang sepatutnya dinikmati rakyat sejak 20 tahun yang lalu.

Katanya, sekarang adalah masa untuk rakyat Sabah bersatu dalam kepelbagaian bangsa dan agama untuk membangun seiring dengan negeri lain.

Pada majlis itu, turut menerima 1,000 borang keahlian dari daerah Kota Marudu untuk menyertai KDM Malaysia. Selain itu, beliau turut memotong kek sebagai gimik perasmian sambutan itu dan juga menyerahkan sumbangan beras kepada wargaemasdangolonganyang kurang berkemampuan.

PETER menerima cenderamata pihak penganjur Sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2019 anjuran KDM Malaysia Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.