Dipenjara 30 hari, miliki barang curi

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan hukuman penjara 30 hari oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan memiliki barang curi.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Ali Basil Siddik, 24, selepas mengaku salah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki empatbatangbesipanjangyang dipercayai barang curi bernilai RM250 tanpa memberikan penjelasan munasabah.

Kesalahan dilakukan pada 5 Januari jam 11.30 malam di tepi sungai Kolombong, Inanam, dekat sini.

Mengikut fakta kes, pengadu bersama tiga anggota penguatkuasa melaksanakan rondaan cegah jenayah di kawasan kejadian dan melihat tiga lelaki mencurigakan menaiki sampan.

Ketiga-tigatermasuksuspek cuba melarikan diri sehingga berlaku pergelutan dan akhirnya berjaya ditangkap.

Hasil tangkapan menjumpai empat batang besi, satu gulung wayar sebilah pisau, dan parang panjang.

Semasa rayuan, Ali yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.