JANS pantau paip ke pili bomba

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh SALMAN ABADI

KOTA MARUDU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan memantau dan memastikan saluran paip yang menghubungkan pili-pili bomba diselia dan bertekanan tinggi.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata kerjasama pihak polis dan bomba juga penting dalam usaha memastikan pili bomba berfungsi dengan baik dan bebas daripada vandalisme.

Beliau berkata, pemantauan bersama penting bagi memastikan tidak berlaku masalah pili bomba tidak berfungsi atau tekanan rendah ketika operasi bomba, khasnya ketika pemadaman kebakaran.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu 2019 KDM Malaysia Kota Marudu di Dewan Komuniti, di sini pada Sabtu.

Pada majlis itu, Peter yang juga presiden KDM Malaysia menerima 1,000 borang keahlian baharu KDM Malaysia dari daerah ini.

PETER (tengah, kanan) menerima 1,000 borang keahlian baharu KDM Malaysia dari daerah Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.