IPD KK hadir pada program gotong-royong

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - aktiviti yang dijalankan sepanjang program diadakan. - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu hadir dalam satu aktiviti gotong royong perdana anjuran Sekolah Maktab Sabah, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, program itu diadakan jam 6.30 sehingga 11.30 pagi.

“Pegawai perhubungan sekolah yang terdiri daripada ASP Mohd Alam Shah Gulam, Insp Jamin Jembat dan Insp Rayner bersama 15 pegawai rendah polis IPD Kota Kinabalu telah menghadiri aktiviti goyong royong ini.

“Pengetua Cemerlang Maktab Sabah Datin Nuinda Alias bersama lebih kurang 30 guru dan 300 pelajar turut serta dalam aktiviti Gotong Royong Perdana 2019 Maktab Sabah.

“Agensi yang turut serta dalam program ini adalah dari Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Katanya, sesi gotong royong berjalan dengan lancar dengan penglibatan banyak agensi, sementara ibu bapa dan pelajar sekolah dapat bekerjasama serta dapat mengeratkan silaturahim.

“Pihak sekolah amat berterima kasih dan berbesar hati atas kesudian pihak PDRM IPD Kota Kinabalu dalam menjayakan program berkenaan,” katanya.

ANTARA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.