Jabatan Penjara sedia persiapan

Dua pertiga banduan sabitan jalani pemulihan dalam komuniti

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

LABUAN: Seramai dua pertiga banduan sabitan menjalani pemulihan didalamkomunitimenjelangtahun2030 selaras dengan agenda Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia Dato Sri Zulkifli Omar berkata, jabatan itu perlu bersiap sedia dengan pelaksanaan ‘probation and community corrections’.

“Konsep pemulihan di dalam komuniti ini antara lain melibatkan penangguhan hukuman (deferred sentences), parol harian (parol day),

tahanan rumah (home detention),

perintah pemasyarakatan (community order) dan perintah pengawasan (prison supervision).

“Langkah memperkenalkan pelaksanaan ‘probation and community DATO SRI ZULKIFLI OMAR Ketua Pengarah Penjara Malaysia corrections’ ini bukan sahaja dapat mengurangkankospengurusanpenghuni dan kesesakan di dalam penjara, malah

“Langkah memperkenalkan pelaksanaan ‘probation and community corrections’ ini bukan sahaja dapat mengurangkan kos pengurusan penghuni dan kesesakan di dalam penjara, malah apa yang lebih penting adalah peranan penglibatan masyarakat yang terbukti adalah faktor penting dalam menjayakan pemulihan penghuni, ”

apa yang lebih penting adalah peranan penglibatan masyarakat yang terbukti adalah faktor penting dalam menjayakan pemulihan penghuni,” katanya.

Beliaumengingatkanbahawaasaspemulihan bermula dengan pengukuhan sahsiah diri penghuni menerusi Program Pembangunan Insan (PPI).

“Pemulihan merangkumi aspek kaunseling, agama, disiplin diri, kemahiran vokasional, pendidikan dan laluan kerjaya hendaklah terus diperkukuhkan memandangkan ia adalah aspek penting yang membolehkan program pemulihan sama ada di dalam atau di luar tembok penjara lebih berjaya pelaksanaannya.

“Pada tahun lalu, sebanyak 24 perjawatan baharu termasuk satu jawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pemasyarakatan) dan dua Bahagian baharu iaitu Bahagian Agama dan Kaunseling serta Bahagian Banduan/Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Penstrukturan semula Jabatan Penjara ini dapat memperkukuhkan sistem kepenjaraan selaras dengan peranannya yang bukan lagi semata-mata sebagai institusi penahanan tetapi juga sebagai institusi pembangunan dan pembentukan semula insan,” katanya.

Menurutnya lagi, tahun 2019 akan memberi cabaran baharu kepada seluruh warga Jabatan Penjara Malaysia.

“Saya menyeru di sini agar kita semua hendaklah terus mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi, mengamal serta membudayakan amalan kerja cemerlang dan berintegriti.

“Kita perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran reformasi Jabatan Penjara yang akan melibatkan penambahbaikan dalam aspek penahanan, pematuhan standard layanan, pemulihan, latihan kakitangan, fasiliti koreksional dan reintegrasi.

“Apa yang tersirat di sebalik agenda reformasi Jabatan Penjara ini adalah usaha gigih dan bersungguh-sungguh amatlah diperlukan dari segenap lapisan warga Jabatan ini agar penambahbaikan dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya dalam teks ucapannya yang disampaikan oleh Pengarah Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan, Timbalan Komisioner Penjara Suria Idris pada Perhimpunan Bulanan Peringkat Jabatan Penjara Negeri Sabah dan WP Labuan di Pusat Koreksional Labuan, pagi Isnin.

Padamajlisitu,Suriaturutmenyempurnakan pemakaian pingat bagi tiga pegawai Pusat Koreksional Labuan yang telah disahkan dalam perkhidmatan.

Hadir sama, Pengarah Pusat Koreksional Labuan Abd Rauf Lang Pasih, ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Sabah dan ketuaketua Bahagian Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Labuan.

SURIA (tengah) bergambar kenangan bersama para pegawai kanan Penjara Negeri Sabah dan Labuan.

PEMERIKSAAN perbarisan oleh Suria (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.