Polis Australia batal operasi mencari pelancong Jerman

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

SYDNEY: Pencarian udara berterusan bagi seorang pelancong Jerman yang hilang di pedalaman luas Australia selama hampir dua minggu telah dihentikan, menurut pihak polis.

Monika Billen, 62, dilaporkan hilang pada minggu lepas selepas meninggalkan pisat peranginan di Alice Springs, pekan terpencil berhampiran pusat geografik Australia.

Mangsa dipercayai menumpang kenderaan dan berjalan kaki menuju ke Emily Gap, kawasan taman semula jadi terpencil dikenali dengan cerun dan gaung berbatunya.

Pihak polis telah melancarkan pencarian di darat dan udara untuk Billen, termasuk menggunakan dron.

Mereka percaya seorang pemandu mungkin telah melihat mangsa kelihatan seperti kekurangan air dan tidak terurus seawal 2 Januari lalu.

“Di sebalik usaha kami tiada bukti lanjut telah ditemui bagi menunjukkan Monika masih berada di luar sana,” Pesuruhjaya Polis Northern Territory Pauline Vicary menyatakan kelmarin.

“Begitu juga tidak terdapat mana-mana bukti yang menunjukkan perbuatan khianat.

“Penglihatan fizikal terakhir adalah di Emily Gap dan kawasan sekitarnya yang telah digeledah dengan sangat teliti<” kata beliau lanjut.

Suhu telah meningkat di atas 40 darjah Celsius ketika musim panas hemisfera selatan di wilayah tengah gurun.

Pihak polis menyatakan Billen hanya memakai skaf kashmir kuning untuk melindungi dirinya daripada pancaran sinaran matahari yang kuat.

Vicary menggesa manamana saksi agar tampil ke depan dan melaporkan segera jika terserempak atau terlihat Billen. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.