Merentas desa serlah bakat, potensi murid

200 murid Tahap Dua sertai Kejohanan Merentas Desa 2019 SK Sibugal Besar, Sandakan

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan - Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Sibugal Besar di sini yang berlangsung Sabtu lalu, mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Kejohanan pembuka tirai berdasarkan takwim atau kalendar sukan Majlis Sukan Sekolah (MSS) 2019 itu dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dan Sukan SK Sibugal Besar dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

Setiausaha Sukan SK Sibugal Besar, Yesie Malail berkata larian sejauh 4 kilometer itu disertai lebih 200 murid Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6) kategori lelaki dan perempuan.

Katanya, kejohanan itu merupakan salah satu daripada 24 acara sukan di bawah program pembangunan sukan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sabah (MSSS).

Menurutnya, selain mencungkil dan menyerlahkan bakat atau potensi murid dalam bidang sukan jarak jauh, penganjuran kejohanan itu juga selaras dengan dasar ‘Satu Murid Satu Sukan’ (1M1S).

“Kejohanan ini juga bertujuan memilih atlet terbaik untuk mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa 2019 peringkat daerah (MSSD) Sandakan yang akan diadakan Sabtu ini (19 Januari),” ka-

ENAM atlet merentas desa yang terpilih mewakili SK Sibugal Besar, Sandakan.

tanya.

Johan lelaki Tahun 6 dimenangi Mohd Rahman Zulkarnain dari kelas 6 Pintar, naib johan Mohd Shahrierul Nizam (6 Bijak) dan tempat ketiga disandang oleh Saifil Nuksin (6 Pintar), sementara pemenang tempat ke-4 dan ke-5 ialah Mohd Nordin Samsudin (6 Pintar) dan Mohd Shahrulnizam Abdullah (6 Pintar).

Siti Aishah Mohammad (6 Pintar) menjuarai Tahun 6 perempuan,naib johan Nursyahira Sharif Jamri (6 Pintar) dan tempat ketiga Nurul Fadila Ramlan (6 Bijak), manakala Siti Norafidah Salim (6 Bijak) dan Aridah Muammil (6 Bijak), masing-masing menduduki tempat ke-4 dan ke-5.

Bagi kelas Tahun 5, johan kategori lelaki dimenangi oleh Mazlan Ariman (5 Pintar), naib johan Rizman Asmadil (5 Bijak) dan ketiga Mohd Abdul Rahman (5 Bijak). Menduduki tempat ke-4 dan ke-5 ialah Samsul Masuri (5 Bijak) dan Muslin Basrin (5 Bijak).

Nurul Atirah Yohanes (5 Bijak) menyerlahkan potensinya apabila muncul johan perempuan Tahun 5, menewaskan Ryvalorra Ritter Adin (5 Bijak) yang meraih naib johan, manakala tempat ketiga dimenangi Nor Ffiza Sharif Jamri (5 Pintar), sementara Darlynzel (5 Pintar) dan Rafidah Sharif Jamri (5 Bijak) menduduki tempat ke-4 dan ke-5.

Johan lelaki Tahun 4 dimenangi oleh hafiz Sopan (4 Pintar), naib johan Mohd Arhmat Nuksin (4 Pintar) dan ketiga Fauzi Ugih (4 Pintar). Tempat ke-4 dan ke-5 masing-masing milik Muhd Alham Shah Alham (4 Bijak) dan Hairie Samsir (4 Bijak).

Norfarah Ain (4 Bijak) muncul johan perempuan Tahun 4, meletakkan Wardinah Idris (4 Bijak) dan Aisyah Abdul (4 Bijak) meraih naib johan dan tempat ketiga, manakala Maslina Abdul (4 Bijak) dan Dg Nadzirah Mukim (4 Bijak) menduduki tempat ke-4 dan ke-5.

Yesie menjelaskan, seramai enam atlet terbaik (tiga lelaki dan tiga perempuan) telahpun dipilih melalui kejohanan itu untuk membawa cabaran SK Sibugal Besar untuk bersaing pada kejohanan merentas desa di peringkat daerah Sandakan Sabtu ini yang dikelolakan oleh SMK Sandakan II, Sandakan.

Majlis pelepasan peserta bermula di pekarangan sekolah disempurnakan oleh Yang Dipertua (YDP) PIBG SK Sibugal Besar Mohd Sallan Mohd Salleh, manakala perasmian penutup kejohanan itu disempurnakan oleh Penolong Kanan 1 (Kurikulum) Hajah Rohaini Mohd Sidek bagi mewakili Guru Besar SK Sibugal Besar, Norliza Che Ishak.

Berucap pada majlis itu, Rohaini merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa (AJK) pelaksana larian itu yang merupakan acara sukan yang pertama bagi tahun 2019.

Katanya, kejohanan seumpamanya amat penting kerana ia merupakan salah satu aktiviti sukan yang telah disenaraikan oleh pihak kementerian atau Jabatan Pendidikan melalui Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sabah untuk dilaksanakan di peringkat sekolah dan daerah, dan seterusnya ke peringkat negeri (MSSS) dan kebangsaan (MSSM).

Beliau berkata, walaupun kejohanan itu bertujuan untuk memilih wakil sekolah ke peringkat daerah, namun kejohanan itu juga bermatlamat mencungkil bakat dan mewujudkan budaya saing yang sihat dalam kalangan murid melalui aktiviti sukan.

Justeru, beliau menyeru para murid agar terus bergiat aktif mengambil bahagian dalam apa juga acara sukan dan kokurikulum, sesuai dengan minat, bakat dan kebolehan

SJN Adim (PPS) turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Tahun 5.

atau kecenderungan murid.

Katanya, penglibatan aktif para pelajar dalam bidang sukan dan kokurikulum amat penting selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yang menekankan ‘kemenjadian murid’ dan pembangunan sahsiah.

Menurutnya, untuk mencapai matlamat tersebut, kemenjadian murid bukan setakat cemerlang dalam bidang akademik atau kurikulum, tetapi juga aspek sukan dan kokurikulum.

Beliau menegaskan, kegiatan sukan dan kokurikulum merupakan komponen penting untuk membentuk sahsiah dan keperibadian demi melahirkan murid yang cerdas dan aktif serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).

Para pemenang (johan hingga tempat ke-5) masing-masing menerima hadiah berupa medal dan sebotol minuman isotonic sumbangan Life Water Industries (K2) Sandakan.

Turut hadir ialah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Sibugal Besar Dayang Salmah Abu Bakar, Penolong Kanan Petang Salbiah Sakah dan juga Pegawai Perhubungan Polis-Sekolah (PPS) Sarjan Adim Idris dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Sandakan.

YDP PIBG SK Sibugal Besar, Mohd Sallah (tiga kanan) bersama sebahagian guru dan tiga anggota polis yang terlibat mengawal lalu lintas sempena larian itu bergambar kenangan sebelum pelepasan peserta merentas desa.

WARGA SK Sibugal Besar bergambar kenangan bersama para tetamu selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Merentas Desa 2019.

MOHD Sallan (kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang Tahun 4 sambil diiringi barisan para Penolong Kanan SK Sibugal Besar, Sandakan.

ROHAINI (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada pemenang sambil diiringi Dg Salmah dan Salbiah Sakah (kanan).

PEMENANG kategori Tahun 5 lelaki dan perempuan.

MOHD Sallan (kiri) melepaskan peserta larian merentas desa SK Sibugal Besar, Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.