Zii Jia dan rakan-rakan perlu bukti kewibawaan di laman sendiri

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

KUALA LUMPUR: Kejohanan Perodua Masters Malaysia yang bermula Selasa sehingga Ahad ini dilihat platform terbaik pemain naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), khususnya wakil tunggal perseorangan lelaki Lee Zii Jia untuk membuktikan kemampuan diri.

Mereka perlu menunjukkan yang mereka layak dipanggil pemain senior berdasarkan merit sendiri, bukan kerana penghijrahan pemain-pemain senior yang beralih angin menjadi pemain profesional.

Perkara itu diakui oleh Zii Jia yang tampil mengajak rakan-rakannya mengisi “kekosongan” dengan penuh rasa tanggungjawab.

“Memang kalau kita tengok kebanyakan pemain dalam BAM kini adalah pemain muda. Saya harap pemainpemain muda dalam BAM, bukan saya seorang tetapi semuapemainmudalain,tidak menjadikan ini sebagai beban sebaliknya menganggap ia satu tanggungjawab untuk membuktikan generasi kita mampu mengambil alih tugas ini,” katanya dipetik berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena kejohanan itu, Isnin.

Pada Masters Thailand minggu lalu, pemain berusia 21 tahun itu menamatkan saingan di peringkat suku akhir selepas akur kepada pemain berpengalaman Brice Leverdez dari Perancis.

Antara pemain BAM yang akan beraksi di Masters Malaysia ialah Goh Jin Wei, Lee Ying Ying, Sonia Cheah (perseorangan wanita), Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean (beregu wanita), Goh Soon Huat-Shevon Lai, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing (beregu campuran) dan Aaron ChiaWooi Yik Soh, Ong Yew SinTeo Ee Yi (beregu lelaki).

Mengakui tugas getir menunggunya pada kejohanan kali ini apabila perlu memulakan saingan di pusingan kelayakan, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu berazam menampilkan prestasi cemerlang.

“Saya rasa satu semangat untuk semua pemain perseorangan lelaki dan BAM dengan kembalinya Datuk Lee Chong Wei menjalani latihan bersama kami kerana dia ialah pemain yang mampu memimpin kami. Bukan mudah juga kerana kelompok 40 pemain terbaik dunia akan bersaing kali ini.

“Kalau boleh saya mahu sampai hingga ke separuh akhir ataupun final kerana saya akan beraksi di hadapan penyokong sendiri. Namun saya tidak mahu terlalu memikirkannya agar tidak berasa tertekan,” katanya yang akan memulakan saingan menentang Zhou Zeqi dari China.

Menantinya selepas itu sama ada pemain Thailand, Sitthikom Thammasin atau seorang lagi pemain China, Zhao Junpeng.

Dua pemain profesional perseorangan lelaki negara Liew Daren dan Chong Wei Feng turut beraksi pada kejohanan itu.

Kem badminton membuka tirai tahun ini dengan keputusan cemerlang apabila dua beregu profesional negara, Chan Peng SoonGoh Liu Ying (beregu campuran) dan Goh V ShemTan Wee Kiong (beregu lelaki) menjuarai kejohanan Masters Thailand pada Ahad.

Kejohanan berstatus Jelajah Dunia BWF Super 500, Perodua Malaysia Masters 2019 yang akan berlangsung di Axiata Arena itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan US$350,000 (RM2.24 juta). -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.