Utusan Borneo (Sabah)

KDN kaji enam akta untuk pinda atau mansuh

Akan bincang dengan jabatan peguam negara untuk perincian, kata Muhyiddin

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji enam akta sama ada perlu dipinda atau dimansuhka­n, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Enam akta itu adalah Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Pencegahan Keganasan 2015, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah- Langkah Khas) 2012 dan Akta Perhimpuna­n Aman 2012, katanya.

Beliau berkata KDN akan berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk memperhalu­sicadangan­pindaan atau pemansuhan akta-akta itu dan hasil perbincang­an itu akan dikemukaka­n kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

“Prinsip asas dalam kajian undang-undang ini ialah kerajaan perlu menggubal undang-undang berkaitan keselamata­n yang dapat mengimbang­i keperluan untuk menjaga keselamata­n negara dengan berkesan.

“Pada masa yang sama, memelihara hak-hak kebebasan asasi seperti yang dijamin oleh Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya pada majlis Amanat Tahun Baharu 2019 Kementeria­n Dalam Negeri di sini pada Isnin.

Berhubung Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkahlan­gkah Khas) 2012 (SOSMA), Muhyiddin berkata status akta itu masih lagi dibincangk­an

“Prinsip asas dalam kajian undang-undang ini ialah kerajaan perlu menggubal undang-undang berkaitan keselamata­n yang dapat mengimbang­i keperluan untuk menjaga keselamata­n negara ” dengan berkesan. TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Menteri Dalam Negeri

secara menyeluruh dengan pemegang taruh dan badan bukan kerajaan termasuk Majlis Peguam.

“Berikan sedikit masa. Kami sedang menyusun semula atau meminda undang-undang itu,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata fokus utama KDN bagi tahun ini antaranya merombak semula sistem pengoperas­ian imigresen dengan melaksanak­an konsep end-to-end operation bagi mengelakka­n gejala rasuah, menggunaka­n teknologi berasaskan kecerdasan buatan dalam penguatkua­saan dan pembantera­san jenayah.

Fokus lain termasuk memperheba­tkan strategi pencegahan dan kawalan radikalism­e dan ekstremism­e dalam memerangi keganasan, membantera­s jenayah pemerdagan­gan manusia dan penyeludup­an migran serta jenayah rentas sempadan, meningkatk­an penggunaan media sosial dalam menyebar luas maklumat berkaitan keselamata­n dan menangani penyebaran berita palsu, katanya.

“Jabatan dan agensi penguatkua­saan undangunda­ng perlu dilihat sebagai jabatan berorienta­sikan perkhidmat­an mesra rakyat dan bukan sematamata melaksanak­an tugas penguatkua­saan,” katanya.

Muhyiddin berkata selaras dengan janji dalam manifesto Pakatan Harapan, KDN telah menganuger­ahkan taraf kewarganeg­araan kepada 1,641 individu berketurun­an India berumur 60 tahun ke atas yang telah memenuhi syarat-syarat kewarganeg­araan.

Pada majlis itu juga, Muhyiddin turut menyampaik­an anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 13 penerima bagi menghargai jasa kepahlawan­an, pengorbana­n dan kebaktian kepada negara semasa era darurat dalam perkhidmat­an Persekutua­n Tanah Melayu (12 Julai 1948 hingga 21 Julai 1960), Era Insurgensi Komunis (17 Jun 1968 hingga 2 Dis 1989) dan Perkhidmat­an Semasa Darurat di Sabah dan Sarawak (1962 hingga 17 Okt 1990).

Mendahului senarai penerima merupakan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, enam bekas ketua polis negara, empat bekas timbalan ketua polis negara.

Muhyiddin turut melancarka­n projek pembanguna­n web portal ePesara Polis Diraja Malaysia (PDRM), iaitu inisiatif baharu PDRM untuk menjaga kebajikan para pesara polis yang telah banyak berjasa kepada negara.

Menurutnya, web portal fasa pertama yang dijangka siap pada Mac ini akan memanfaatk­an hampir 14,000 pesara PDRM bagi mendapatka­n informasi terkini, mengemas kini maklumat peribadi dan membuat serta menyemak permohonan Tabung Amanah Warisan Polis, Kad Pesara Polis dan Pingat Jasa Pahlawan secara dalam talian. -Bernama

 ?? -Gambar Bernama ?? MUHYIDDIN (tengah) melancarka­n web portal ePesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Majlis Amanat Tahun Baharu Kementeria­n Dalam Negeri Tahun 2019. Turut sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman (dua, kiri), Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim (dua, kanan) dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun (kiri).
-Gambar Bernama MUHYIDDIN (tengah) melancarka­n web portal ePesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Majlis Amanat Tahun Baharu Kementeria­n Dalam Negeri Tahun 2019. Turut sama Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman (dua, kiri), Ketua Setiausaha Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim (dua, kanan) dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun (kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia