Notis kekosongan kerusi DUN Semenyih diserah kepada SPR

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

SHAH ALAM: Notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor, dijangka diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tengah pada Isnin.

Perkara itu disahkan oleh Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama di sini, Isnin.

“Will do it (serah notis kekosongan) this afternoon,” katanya ringkas.

Bakhtiar, 57, meninggal dunia di Hospital Kajang pada pukul 4.45 pagi Jumaat lepas (11 Jan) akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menewaskan tiga calon lain, Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (PAS) dan S. Arutchelvan (PSM) dengan majoriti 8,964 undi.

Bakhtiar, yang juga Ketua Bahagian PPBM Hulu Langat, memperoleh 23,428 undi. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.