Malaysia faham alasan Singapura tangguh JMCIM

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

PUTRAJAYA: Malaysia memahami alasan yang diberikan Singapura untuk menangguhkan Mesyuarat Jawankuasa Bersama Menteri Bagi Iskandar Malaysia (JMCIM), kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

“Kami memahami sebab (penangguhan) itu,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Saifuddin berkata demikian kepada pemberita berhubung penangguhan JMCIM itu selepas mengumumkan Eric Paulsen sebagai wakil Malaysia yang baharu ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) bagi penggal 20192021 di Wisma Putra di sini pada Isnin.

JMCIM itu sepatutnya berlangsung pada Isnin namun dilaporkan Singapura menerusi nota diplomatik bertarikh 11 Jan mahu mesyuarat itu ditangguhkan kerana Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian didakwa menceroboh perairan Singapura pada 9 Jan semasa lawatan ke pelabuhan Johor Bahru.

Osman bagaimanapun menegaskan bahawa beliau tidak menceroboh ke perairan Singapura dan apa yang beliau lakukan hanyalah untuk melihat pasukan keselamatan Malaysia melaksanakan tugas mereka.

Saifuddin berkata tarikh baharu JMCIM akan ditetapkan kemudian. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.