Komuniti Long Palai tolak campur tangan politik dalam pengurusan kampung

Utusan Borneo (Sabah) - - Nasional -

MIRI: Komuniti Long Palai mahu pengurusan kampung dilaksanakan sepenuhnya oleh mereka sendiri tanpa campur tangan politik atau parti politik yang boleh menimbulkan sikap berpuak-puak.

Pengerusi penganjur Majlis Makan Malam Kebudayaan Kampung Long Palai merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lusat Tebengang Lalo berkata, kemasukan pelbagai parti politik menyebabkan penduduk kampung mengamalkan sikap berpuak-puak mengikut parti dan ideologi.

“Di bawah kepimpinan baharu kami ingin mengembalikan semula sistem pentadbiran autonomi kampung yang bebas sepenuhnya daripada pencerobohan ideologi politik dan parti yang berpuakpuak.

“Kami juga mahu menghentikan pembudayaan mainan politik sepanjang 24 jam dalam sehari, 365 hari dalam setahun dan lima tahun dalam sepenggal sebelum Pilihan Raya Umum berikutnya,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Kebudayaan Kampung Long Palai di sebuah hotel di sini, malam Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.