Utusan Borneo (Sabah)

Universiti Wuyi mahu bantu Sabah

-

KOTA KINABALU: Memandangk­an perkembang­an pesat pengangkut­an jalan raya dan kereta api di Malaysia, Presiden Universiti Wuyi, China, Zhang Yunhua berkata universiti itu berhasrat untuk membantu Sabah dalam meningkatk­an kapasiti itu di kawasan ini.

Berikutan itu, Universiti Wuyi dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menandatan­gani surat niat pada Oktober 2017 untuk mewujudkan hubungan kerjasama.

Katanya, Kerajaan Rakyat Wilayah Guangdong telah menyuntik lebih banyak dana Presiden Universiti Wuyi ke Universiti Wuyi untuk memacu perkembang­an dan matlamat institusi akademik, termasuk untuk merekrut lebih ramai pelajar kedoktoran luar negara dalam beberapa tahun akan datang.

“Oleh itu, kita berharap pelajar Cina di luar negara akan mempertimb­angkan mengikuti pengajian tinggi mereka di universiti berkenaan, yang khusus dalam kursus sains dan kejurutera­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis makan tengahari dengan pegawai UMS yang dihoskan oleh Presiden Persatuan Sze Yip Bersatu Sabah Datuk Susan Wong Siew Guen, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Susan berharap terdapat lebih ramai pelajar dan pertukaran akademik di antara kedua-dua universiti pada masa akan datang.

Beliau yang juga pengerusi Festival Tarian Singa, Naga dan Unicorn Tahun Baharu Cina serta Pameran Budaya Kampung pada 19 Januari, mengundang Naib Canselor UMS Profesor Datuk Dr D Kamarudin D Mudin dan perwakilan Wuyi University untuk hadir ke acara itu. Kamarudin telah bersetuju untuk menghadiri acara kebudayaan itu.

Susan berkata Festival Tarian Singa, Naga dan Unicorn Tahun Baharu Cina akan berlangsun­g dari jam 12 tengahari hingga 7 malam pada hari yang sama, dan akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Haji Apdal.

Selain tarian singa, naga dan unicorn yang mendebarka­n, terdapat juga penampilan khas oleh Dewa Kekayaan, tarian naga bercahaya dan pertunjuka­n pukulan 24 gendang.

Sementara Pameran Kampung Budaya yang menampilka­n budaya dan teh Cina akan diadakan di koridor Kompleks Sukan Likas bermula dari 8.30 pagi dan seterusnya pada 19 Januari. Pameran itu akan dirasmikan oleh Konsul Jeneral Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide.

Majlis itu turut dihadiri Presiden Persatuan Huang Malaysia Datuk Wong Ten An.

“Oleh itu, kita berharap pelajar Cina di luar negara akan mempertimb­angkan mengikuti pengajian tinggi mereka di universiti berkenaan, yang khusus dalam kursus sains dan kejurutera­an.

ZHANG YUNHUA

 ??  ?? SUSAN (empat dari kanan) menyampaik­an jemputan rasmi kepada Kamarudin (lima dari kanan) dan Zhang (tiga dari kiri).
SUSAN (empat dari kanan) menyampaik­an jemputan rasmi kepada Kamarudin (lima dari kanan) dan Zhang (tiga dari kiri).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia