Utusan Borneo (Sabah)

Kembali dengan single terbaharu

-

GEORGE Lian (gambar) adalah nama yang tidak asing lagi di persada seni suara di negeri Sabah.

Kemunculan sulungnya suatu ketika dahulu, dengan membawa lagu bertajuk ‘Romou Pinoturu’ telah melonjakka­n namanya serta lagu itu menjadi siulan anak muda pada era 90-an.

Setiap tahun, albumnya dalam bentuk audio dan karaoke menemui peminat namun sejak kebelakang­an ini, album terbaharu George tidak lagi dilihat di pasaran.

Ketika dihubungi baru-baru ini, George akui memang sudah lama tidak mengeluark­an album di mana album terakhirny­a adalah pada tahun 2014 yang bertajuk ‘Oruol Soira Limangad’, yang diterbitka­n dalam bentuk audio CD dan kali terakhir menerbitka­n album karaoke pada tahun 2012 yang bertajuk ‘Cinta Bunga Kinabalu’.

Menurutnya, dia tidak hilang dari industri muzik di Sabah kerana dia juga sering diundang untuk membuat persembaha­n menyanyi di pelbagai majlis.

Penyanyi kelahiran Tenghilan ini bakal tampil dengan single terbaharu bertajuk ‘Hondom Om Langadku’ yang disusun dalam rentak balada dan ditulis oleh Miod Lian, serta

‘Tusak Topurak’ yang disusun dalam rentak Sumazau dan ditulis oleh Selia Yaun dan Junie Lian.

“Kali ini saya buat single sahaja, untuk memenuhi hasrat peminat dan saya juga ada perancanga­n di masa terdekat ini untuk membuat album penuh.

“Dua lagu ini masih dalam proses penyusunan dan bakal menemui peminat dalam awal tahun ini,” katanya.

Ditanya mengenai perbezaan antara jualan album di masa dahulu dan kini, George akui sememangny­a album kini sukar untuk dijual.

Kekurangan ejen yang membantu di dalam pengedaran dan faktor kecanggiha­n media adalah antara punca utama jualan yang tidak memberangs­angkan.

“Pendengar lebih cenderung untuk mencari lagu-lagu di

Youtube daripada membeli yang tulen,” katanya.

Sungguhpun sedih dengan keadaan itu, dia tetap berharap agar semua penggiat seni tidak berputus asa tetapi terus memeriahka­n industri hiburan di negeri Sabah serta menganggap bidang nyanyian sebagai hobi.

Dia juga akui keadaan industri muzik kini semakin sukar. Kecanggiha­n media mengatasi segalanya. Namun katanya, perjuangan di dalam seni perlu diteruskan demi peminat yang menantikan karya terbaharu daripada artis tempatan Sabah.

George yang kini telah mendaftar karyanya dengan MACP lebih kurang seratus lagu, turut menyatakan kekesalan kerana hasil royalti lagu-lagunya tidak sampai seribu ringgit setiap tahun.

Namun, dia menyokong penuh usaha yang sedang dijalankan oleh pihak studio rakaman FH Production untuk membawa usul itu kepada pihak berwajib bagi mengatasi beberapa masalah yang timbul melibatkan kaedah pungutan royalti.

Di akhir perbualan bersama George, dia berharap agar semua penggiat seni di negeri Sabah, sama ada penyanyi, penulis lagu atau studio rakaman, tetap berkarya sungguhpun menghadapi pelbagai masalah dalam industri muzik di Sabah.

“Palan-palan kita berusaha di dalam bidang ini. Hanya kita sahaja yang menjadi harapan dan mampu membuka jalan kepada anak muda di dalam bidang nyanyian ini serta memartabat­kan bahasa ibunda kita,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia