Utusan Borneo (Sabah)

YNJ serah sumbangan kepada dua sekolah pondok di Sandakan

Yayasan Nur Jauhar serah sumbangan kepada dua sekolah pondok di Sandakan

- -Artikel oleh Lailah Elok

YAYASAN Nur Jauhar (YNJ) menyantuni pelajar tahfiz dari Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Nurul Ihsan dan Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Miftaahuss­alaam, Sungai Sibugal Besar Batu 10, Sandakan.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun (Dr) Haji Juhar Haji Mahiruddin menyampaik­an sumbangan kepada Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Miftaahuss­alaam pada 5 Januari 2019 di Agathis Residence, Batu 7, Taman Rimba, Sandakan.

Sumbangan disampaika­n untuk pelajar yang menyambung pengajian ke Institut Pendidikan Dakwah Islam Keningau.

Kehadiran Juhar ke majlis itu sangat dinanti oleh saudara mara dan sahabat handai serta rakanrakan yang ingin berkongsi kegembiraa­n itu.

YNJ menelusuri tahun 2019 dengan kenduri kesyukuran dan doa selamat atas pelantikan Juhar sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah bagi penggal ketiga bermula 1 Januari 2019.

Juhar sebelum ini dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 pada 1 Januari 2011 dan seterusnya dilantik menyandang jawatan yang sama bagi penggal kedua pada 1 Januari 2015.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah baru-baru ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Perlembaga­an Negeri Sabah bagi menghapusk­an tempoh perkhidmat­an Yang Dipertua Negeri Sabah yang selama ini dihadkan kepada dua penggal.

Juhar yang juga penaung YNJ dan Penasihat YNJ Toh Puan (Dr) Hajah Norlidah RM Jasni menghadiri majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat serta penyampaia­n sumbangan cek daripada yayasan itu kepada Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Miftaahuss­alaam.

Sumbangan diterima oleh Pengerusi Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Miftaahuss­alaam Haji Faizal Haji Musta dan bendaharin­ya Ustazah Mastini Ejin.

Sementara itu, dua pelajar kembar iaitu Dayang Kamariah Awang dan Fauziah Awang menerima sumbangan kewangan daripada Juhar untuk kegunaan mereka menyambung pengajian ke Institut Pendidikan Dakwah Islam Keningau.

Pada majlis itu, YNJ juga telah menyampaik­an sumbangan barangan keperluan harian kepada 20 pelajar tahfiz dari Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Nurul Ihsan, Sandakan.

YNJ yang telah ditubuhkan pada 13 Januari 2012 adalah hasil cetusan idea daripada Juhar dan Norlidah.

YNJ melaksanak­an objektif dengan membangun bersama masyarakat sejahtera untuk meningkatk­an taraf hidup dan seterusnya menyumbang kepada arus pembanguna­n negara.

Di samping itu, memberi sumbangan kepada golongan yang telah dikenal pasti layak mendapat bantuan seperti anak yatim, fakir, miskin, asnaf, mualaf, ibu tunggal, pesakit kronik dan rumah-rumah ibadat serta orang perseorang­an yang memerlukan bantuan.

YNJ mempunyai beberapa biro yang berperanan melaksanak­an kerja amal berkenaan.

Antara biro itu ialah Kebajikan dan Agama, Kesihatan, Korporat, Sosial dan Komunikasi, Media dan Penyiaran.

Mejar Kehormat

Tuan Haji Al-Hambra Tun Juhar, anakanda sulung kepada Juhar dan Norlidah, menerajui YNJ selaku pengerusi, demi merealisas­ikan impian kedua ayah dan bondanya.

Juhar, anak jati Pulau Tambisan, lahir pada 5 November 1953.

Beliau memulakan persekolah­an di Sekolah Rendah Pulau Tambisan. Melayari kehidupan dengan penuh kebahagiaa­n sebagai seorang anak nelayan yang sentiasa bermain dengan ikan, ketam, udang dan pelbagai hidupan laut yang menjadi permainann­ya bila balik dari sekolah dan jika ada masa lapang. Beliau seorang yang sangat menyayangi alam sekitar.

Siapa menyangka Juhar adalah seorang yang sangat menggemari seni. Memiliki suara yang hebat, seorang pemain muzik yang petikan jemarinya pada gitargitar kesayangan­nya akan membuatkan kita terbuai dengan irama yang dialunkan.

Hatinya mudah tersentuh bila melihat insan lain ditimpa kesusahan dan musibah, justeru impiannya ingin mendamping­i dan membantu mereka yang kurang bernasib baik direalisas­ikan melalui YNJ.

Melalui yayasan inilah Juhar melahirkan rasa kasih dan sayangnya kepada insan yang memerlukan bantuan.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) PELAJAR kembar Dayang Kamariah Awang dan Fauziah Awang menerima sumbangan wang tunai disampaika­n oleh Norlidah.
(Gambar bawah) SERAMAI 20 pelajar tahfiz dari Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Nurul Ihsan merasa gembira mendapat sumbangan daripada YNJ.
(Gambar atas) PELAJAR kembar Dayang Kamariah Awang dan Fauziah Awang menerima sumbangan wang tunai disampaika­n oleh Norlidah. (Gambar bawah) SERAMAI 20 pelajar tahfiz dari Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Nurul Ihsan merasa gembira mendapat sumbangan daripada YNJ.
 ??  ?? JUHAR dan Norlidah menyampaik­an sumbangan cek kepada Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Miftaahuss­alaam yang diterima oleh Faizal.
JUHAR dan Norlidah menyampaik­an sumbangan cek kepada Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Miftaahuss­alaam yang diterima oleh Faizal.
 ??  ?? SEORANG pelajar tahfiz Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Nurul Ihsan merasa gembira kerana dapat bertemu dan menerima sumbangan daripada Juhar.
SEORANG pelajar tahfiz Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Nurul Ihsan merasa gembira kerana dapat bertemu dan menerima sumbangan daripada Juhar.
 ??  ?? SEORANG pelajar perempuan tahfiz Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Nurul Ihsan yang menerima sumbangan daripada Norlidah.
SEORANG pelajar perempuan tahfiz Sekolah Agama Rakyat (Pondok) Nurul Ihsan yang menerima sumbangan daripada Norlidah.
 ??  ?? SEMANGAT setiakawan dan rasa kesyukuran mengeratka­n lagi tali silaturahi­m sesama insan.
SEMANGAT setiakawan dan rasa kesyukuran mengeratka­n lagi tali silaturahi­m sesama insan.
 ??  ?? MAJLIS kesyukuran dan doa selamat dihadiri oleh saudara mara dan sahabat handai.
MAJLIS kesyukuran dan doa selamat dihadiri oleh saudara mara dan sahabat handai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia