Utusan Borneo (Sabah)

Tahap keselamata­n ditingkatk­an, kata Shafie

Jaminan kerajaan negeri kepada rakyat, pelancong

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan akan memastikan keselamata­n di seluruh negeriakan­dipertingk­atkan khususnya menjelang perayaan.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, usaha itu bukan hanya tertumpu di kawasan panas sahaja sebaliknya semua lokasi secara keseluruha­n.

“Kita perlu pastikan kesiapsiag­aan keselamata­n kita ditingkatk­an, kerajaan tidak mengambil ringan mengenai soal keselamata­n dalam negeri ini.

“Khususnya di musim perayaan, ramai pelancong yang akan datang...oleh itu keselamata­n akan ditingkatk­an dari semasa ke semasa di seluruh negeri,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankua­sa Kerja Keselamata­n Negeri (JKKN) Khas Sabah, di sini pada Selasa.

Beliau berkata, berkaitan kes-kes banjir yang berlaku, ia akan dibincangk­an pada mesyuarat Kabinet pada hari ini.

Katanya, semua penduduk khususnya pemimpin kampung perlu sentiasa berwaspada dan peka terhadap ancaman cuaca yang tidak menentu sekarang.

“Pemimpin kampung perlu bersiap-siaga dari segi menyelamat­kan nyawa penduduk kampung sekiranya berlaku kejadian banjir atau kebakaran.

“Kitajugaak­anmemastik­an agensi penyelamat yang terlibat meningkatk­an usaha mereka memadam api dan menyelamat­kan nyawa,” katanya.

Dalam pada itu, Shafie turut menjelaska­n bantuan kepada mangsa kebakaran Pulau Banggi sudah disalurkan menerusi agensi berkaitan.

“Ini hanya bantuan keperluan asas sahaja...kita tidak bagi lebih...nanti ada orang sengaja bakar kampung kalau bagi lebih-lebih,” katanya.

 ??  ?? SHAFIE (tengah) ketika ditemui pada majlis itu.
SHAFIE (tengah) ketika ditemui pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia